Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Pati Air Fanta Hijau Homemade. Bolehlah Hidang Untuk Tetamu Yang Datang Beraya Nanti!

0 5,209

Wah! Nampak sedap pula air fanta hijau ni. Kalau nak buat hidangan untuk open house pun syok kan. Tapi, baik buat pati air sendiri, lagi jimat! Jom kita cuba buat pati air fanta hijau homemade ni. Nak hidang nanti, tinggal bancuh je dengan air dan ais.

Ada yang pernah try tak air ni? Pati air fanta hijau ni memang viral ye. Ramai yang suka dengan rasa air ni. Biasanya air ni di jadikan hidangan bila ada majlis keramaian. Contohnya bila ada majlis kenduri kendara, majlis aqiqah dan rumah terbuka hari raya.

Nak beli air fanta hijau sebotol je kat luar tu mahal juga kan. Baik la buat sendiri! Tak susah mana pun nak buat pati air ni. Dah buat pati banyak-banyak nanti, bolehlah simpan dalam peti. Tinggal bancuh je kalau nak hidang nanti. Pati pun tahan lama. Lagi jimat dari beli kat luar kan.

Pati ni menggunakan beberapa bahan sahaja. Sunquick oren dan pewarna hijau apple antara bahan yang penting. Korang cuma perlu masak air dengan gula dan campur je dengan sunquick dan pewarna hijau. Biarkan mendidih barulah matikan api.

Berbaloi sangat kalau nak buat air ni untuk rumah terbuka. Confirm tetamu korang asyik tambah air je nanti. Kalau nak buat, korang follow je resepi Cik Puan Mawar Wilsa ni. Barulah ada kelainan sedikit dalam hidangan raya tahun ni. Kalau tak air yang sama je korang buat kan.

 

RESEPI PATI AIR FANTA HIJAU HOMEMADE

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan pati air fanta hijau homemade ni. Nak buat banyak pun takpe, simpan dalam peti siap-siap. Tetamu datang, terus bancuh je.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 kg gula pasir
  • 2 liter air
  • 1 botol kecil Sunquick Oren 330ml
  • 1/2 botol pewarna hijau apple
  • 1/2 botol perisa pisang

CARA PENYEDIAAN PATI AIR FANTA HIJAU HOMEMADE :

▶️ Masak air dan gula pasir sehingga mendidih dan gula larut.

▶️ Masukkan Sunquick Oren dan pewarna hijau. Biarkan mendidih.

▶️ Tutup api baru masukkan perisa pisang. Kacau sebati dan sejukkan.

▶️ Simpan di dalam botol.

▶️ Cara bancuhan letak sedikit pati air fanta hijau, tambah air masak secukupnya dan tambah ais batu. Sedia untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Masak Mee Rebus Utara Style Yang Marvelous. Bolehlah Buat Menu Untuk Open House Raya Tahun Ni!

 

Mudah je kan nak buat pati air fanta hijau ni! Sebijik colour fanta hijau yang jual kat kedai tu. Tak rugi kalau korang nak cuba! Ada juga yang panggil air ni air 3 rasa. Memang ramai penggemarnya. Patutlah viral 6k share kat wall Facebook Cik Puan Mawar Wilsa.

Open house raya tahun ni korang buatlah air ni. Hidang untuk tetamu yang datang. Minum sejuk-sejuk sedap weh! Kot korang nak letak laici atau biji selasih kat dalam pun sedap jugak. Kita buat dia, bukan dia buat kita kan. Nak tambah apa pun boleh.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Mawar Wilsa kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua di hari raya ini. Selamat mencuba dan selamat hari raya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open