Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Kerisik Homemade Yang Cantik, Sedap Dan Tahan Lama. Bolehlah Guna Musim-Musim Raya Ni!

0 1,725

Selamat hari raya aidiladha semua. Ha! Musim-musim raya qurban ni mesti banyak daging korang akan dapat kan? So, macam-macam resepi korang akan buat. Kalau korang memang guna kerisik dalam masakan, lebih baik korang buat kerisik homemade. Follow je resepinya di sini.

Tak di nafikan, musim-musim raya ni kerisik antara bahan memasak yang paling ramai orang cari. Kerisik adalah sejenis penyedap masakan yang diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng. Ia sangat penting dalam penyediaan masakan, biasanya digunakan dalam sajian rendang, kerabu, pajeri, serunding dan lain-lain.

Memang sedap! Tujuan penggunaan kerisik dalam masakan adalah untuk menyedapkan lagi masakan tersebut, memekatkan kuah dan memberikan rasa lemak serta harum kelapa pada masakan tersebut. Penggunaan kerisik dalam masakan juga akan menghasilkan hidangan yang tahan lama dan lambat basi.

Walaupun orang dulu-dulu tiada bahan pengawet ataupun peti sejuk, mereka tetap dapat menghasilkan hidangan yang sedap dan tahan lama. Rupanya inilah tips dan rahsia bahan yang mereka gunakan. Mesti ada antara kita yang nak cuba buat kerisik sendiri di rumah kan. Jimat banyak dari beli kat luar.

Kalau nak kerisik tahan lama, sedap dan cantik, korang follow je sebijik-sebijk cara penyediaan kerisik yang di kongsikan oleh Encik Yayar B. Awang Noh ni. Confirm korang tak nyesal cuba. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Senanglah korang nak masak-masak raya ni.

 

RESEPI KERISIK HOMEMADE

Salah satu cara nak buat kerisik tahan lama, korang kena pastikan hasil kerisik yang di masak dan di bland berminyak elok. Kalau kurang minyak besar kemungkinan kerisik korang tak menjadi dan tak tahan lama. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan kerisik homemade ni.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kelapa parut
  • Ketumbar
  • Minyak masak

CARA PENYEDIAAN KERISIK HOMEMADE :

▶️ Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur terlebib dahulu kelapa parut tu.

▶️ Bila dah garing, sejukkan sekejap kelapa goreng.

▶️ Masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah.

▶️ Masukkan pula minyak masak seperti mana kita nak kisar bahan basah lain.

▶️ Kisar kelapa parut sehingga halus. Dah siap!

 

BACA JUGA : Resepui Nasi Goreng Belacan Johnny’s Yang Mudah Dan Sedap. Lengkap Dengan Lauk Sweetened Chicken. Sedap Sangat!

 

Dah siap pun kerisik kita. Kena simpan dalam botol. InsyaAllah kerisiki korang tahan lama sebab kalau ikut resepi ni kerisik kita dah berminyak elok.Tak perlu bimbang kalau tak menjadi. Yang penting korang tak derhaka dengan resepi. Follow je sebijik-sebijik resepi ni, confirm menjadi!

Kalau ada mesin retort, korang boleh retort kerisik korang. So, kerisik homemade ni akan tahan lama dalam tempoh 2 tahun macam tu. Menarik kan! Saya pun baru tahu, nak buat kerisik ni takde lah susah mana pun. Bahan-bahan memasak yang digunakan pun hanya perlukan 3 bahan sahaja.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Yayar B. Awang Noh kerana sudi berkongsi resepi kerisik homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Boleh juga ushaa resepi ni, kot nak buat kerisik untuk niaga. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open