Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Bepang Kacang Guna 4 Bahan Sahaja. Mudah, Sedap Dan Rangup!

0 4,115

Ada antara anda semua gemar dengan bepang kacang? Kudapan yang menjadi kesukaan ramai. Ianya juga boleh didapati dimana-mana kedai runcit atau pasaraya. Ada yang nak buat bepang kacang secara homemade? Jom ikuti resepi ini.

Cara penyediaannya sangatlah mudah. Dengan menggunakan 4 bahan sahaja, anda dapat hasilkan bepang kacang macam yang dijual dikedai. Bahan yang wajib ada ialah kacang tanah.

Kacang tanah perlu disangai terlebih dahulu. Untuk proses sangai, anda boleh menggunakan oven sahaja. Pastikan kulit kacang dibuang dan kacang dibelah dua sebelum dimasak dengan caramel.

Macam mana pula nak dapatkan caramel tu? Bahan yang diperlukan cuma gula dan majerin sahaja. Ianya akan dimasak sehingga menjadi caremal sebelum dicampur dengan kacang yang telah disangai tadi.

Proses meratakannya didalam dulang perlu proses yang cepat. Pastikan siap rata dan cantik didalam dulang dalam keadaan panas supaya senang untuk dipotong. Mari kita  ikuti resepi bepang kacang yang dikongsikan oleh Cik Puan Riesha Rieshaliena ini.

 

RESEPI BEPANG KACANG

Terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook buat semua pengguna media sosial. Semoga ianya bermanfaat. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cwn kacang tanah (disangai guna oven dan buang kulit kemudian belah dua)
  • 1 cwn gula pasir
  • Bijan secukupnya
  • 1 sb majerin

CARA PENYEDIAAN BEPANG KACANG :

▶️ Cairkan gula sehingga menjadi caramel.

▶️ Bila dah nampak mencair tu, masukkan terus majerin. Gaul sebati dan gunakan api yang perlahan.

▶️ Caramel tu jangan pekat sangat warnanya nanti pahit. Masukkan kacang dan bijan. Kacau rata bagi semua bersalut caramel.

▶️ Seterusnya, masukkan dalam loyang. Mampatkan guna lesung batu dan pastikan proses memampatkan itu cepat. Buat jangan sampai sejuk nanti susah nak potong.

▶️ Kalau susah nak potong, masukkan dalam oven guna suhu yang rendah. Sekadar nak bagi panas balik je, baru senang nak potong guna pisau.

▶️ Siap boleh dihidang dan selebihnya simpan dalam bekas kedap udara.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Rangup Diluar Dan Lembut Di Dalam. Rasa Macam Makan Kat Kedai Thai!

 

Siap! Mudahkan. Penggemar bepang kacang wajib cuba resepi yang simple ini. Beliau tinggalkan tips buang kulit kacang ye. Yang mana beliau menggunakan bekas yang berlubang besar dan tak celus kacang, tonyoh guna tangan dan jangan sampai hancur.

Teringat zaman kanak-kanak dulu. Dapat bepang kacang ni je seronok sangat. Duduk depan tv sambil kunyak bepang kacang. Krup krap krup krap bunyinya dimulut. Habis sebungkus laju nak ambil sebungkus lagi.

Lepas ni, tak perlu beli kat kedai lagi. Buat secara homemade lebih mudah. Dijamin bersih dan terkawal bahan pengawet yang digunakan. Semoga resepi bepang kacang ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open