Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sambal Ketuk Yang Super Sedap Dan Awesome! Simple Tapi Rasa Memang Padu!

Sambal ketuk ikan bilis dengan belimbing buluh
0 4,603

Bagi yang suka makanan kampung, mesti gemar makan makanan berasaskan ulam, sayur-sayuran mentah, sambal-sambal pedas atau tempoyak. Memang kena dengan jiwa lah kalau dapat makan ni.

Silap hari bulan boleh bertambah nasi dibuatnya! Cicah ulam dengan budu, sambal ketuk ikan bilis dengan belimbing buluh macam ni. Fuuh! Sedap tau.

Dapat makan lauk macam ni, memang hanya makan dengan nasi panas je pun dah marvellous. Kalau siapa yang belum pernah cuba makan sambal macam ni, kenalah try sekali sekala. Baru feel kampung tu ada. Sedaap tu memang tak terkata lah!

Jom saya kongsikan resepi Cik Puan Nazura Zainal Abidin ni dia kongsikan macam mana nak buat resepi sambal ketuk dengan ikan bilis, cili api dan juga belimbing buluh. Serious padu!

 

RESEPI SAMBAL KETUK IKAN BILIS, CILI API DAN BELIMBING BULUH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Cili Api Merah
  • Cili Hijau
  • Cili Merah
  • 2 biji Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • Ikan Bilis (Direndam dan toskan)
  • Stok Ikan bilis
  • Sedikit Gula
  • Belimbing Buluh Hiris Halus

CARA PENYEDIAAN SAMBAL KETUK IKAN BILIS, CILI API DAN BELIMBING BULUH :

▶ Mula-mula goreng kesemua bahan dengan menggunakan sedikit sahaja minyak. Goreng sehingga kekuningan. Ikan bilis jangan sampai terlalu garing.

▶ Kemudian, angkat semua dan toskan seketika.

▶ Masukkan ke dalam lesung batu, tumbuk sehingga lumat.

▶ Letakkan sedikit gula.

▶ Akhir sekali, masukkan belimbing buluh yang kita dah potong nipis-nipis tu. Jangan terlalu hancur, tapi tumbuk kasar sahaja.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Sambal macam ni, dapat makan dengan nasi panas, makan pula dengan ikan goreng memang sedap sis!

Boleh buat untuk family, nak-nak lagi bila kita berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarg, adik beradik semua. Ye lah, kadang-kadang nak tunggu balik kampung baru nak buat sambal ketuk ni.

BACA JUGA: Cara Masak Ikan Talapia Goreng Dengan Sos Limau. Resepi Ala Thai Yang Sedap Padu!

Sesekali hidangkan sambal ni untuk makan tengah hari dan makan malam. Rasa dia mesti ramai yang suka. MAsam-masam dan pedas dia memang padu!

Untuk yang mana nak baru nak mencuba, boleh follow je Cara Buat Sambal Ketuk yang saya kongsikan ni. Simple dan mudah je untuk hasilkan rasa sambal ketuk yang awesome!

Share dulu dekat wall facebook masing-masing supaya mudah kita nak rujuk bila nak buat nanti. Dan Semoga perkongsian sambal ketuk ikan bilis, cili padi dan belimbing buluh ni dapat membantu korang bertambah selera!

Selamat mencuba yaa!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open