Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sambal Kelantan Tanpa Belacan. Resepi Sambal Kenduri Kampung Paling Sedap!

Sambal kelantan padu
0 12,270

Waah! Pernah tak dengar bilamana pengantin sendiri mengakui kesedapan sambal Kelantan yang dimakan pada hari bahagianya. Lebih menarik, bukan dia sahaja, malah seluruh keluarga minta kongsikan resepi sambal yang sedap ni.

Menurut Cik Puan Ruby Suhana Said ni, beliau kongsikan resepi sambal Kelantan ini adalah memang turun temurun daripada arwah nenek mertua beliau di mana seorang ketua tukang masak kenduri di kampung mereka.

Tidak hairanlah akan jadi sedap bila yang punya resepi asal adalah orang kampung lama-lama. Ketua tukang masak pula tu kan. Hehe. Namun, kata beliau bila tidak kerap dibuat akan terlupa juga.

Oleh itu, beliau kongsikan resepi sambal Kelantan ini di group masakan supaya bukan dia sahaja boleh rujuk semula bahkan boleh memberikan manfaat kepada orang lain juga.

Sambal Kelantan ini memang sesuai untuk dimakan dengan pelbagai makanan contohnya, ayam golek, ikan bakar, masak dengan udang atau sotong juga boleh layan.

 

REESEPI SAMBAL KELANTAN

Pada mulanya saya fikir ini adalah sambal belacan. Namun bila lihat bahan-bahan yang digunakan tidak ada sedikit pun belacan digunakan. Jadi, sesiapa yang alah dengan belacan, memang selama untuk makan sambal ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 4 biji bawang holland
  • 1 labu bawang putih
  • 4 biji tomato
  • 6 biji cili merah besar
  • Segenggam cili pdi
  • 8 biji limau Kasturi
  • 1 cawan cuka
  • 2 keping kecil @ 1 keping besar gula nisan ( gula kerek)
  • 4 sudu makan gula putih
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN SAMBAL KELANTAN :

▶  Mula-mula sekali tanpa kopek kulitnya pun. Bakar bawang holland, bawang putih dan juga tomato. Bakar sehingga ada kesan bakar.

▶ Kemudian, kisar semua bahan sampai hancur. Tidak perlu masukkan air, hanya kisar sampai semuanya sebati.

▶ Oh ya! Limau Kasturi juga dikisar bersama kulitnya sekali. Tak perlu  perah atau kopek kulitnya.

▶ Bila dah hancur, boleh keluarkan dan sedia untuk dihidangkan atau diguankan sebagai pencicah.

BACA JUGA: Daripada Hobi, Bertukar Menjadi Bisnes. Rahsia Kerepek Pisang Rangup Dan Sedap Untuk Jualan

Serious rasanya sangat mudah dan senang nak buat. Dengan kuantiti bahan yang saya kongsikan ni memang boleh buat banyak untuk 1 balang. Jadi, kepas yang baru nak cuba boleh kurangkan bahan sesuai dengan kuantiti yang kita inginkan.

Kalau korang suka makan sambal, wajib cuba buat sambal Kelantan ni sebagai salah satu sambal yang wajib ada di rumah. Boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan dan sedap juga dapat makan dengan makanan bersup.

Saya harap perkongsian cara buat sambal Kelantan ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk mencari resepi sambal yang terbaik dan awesome!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open