Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Mashed Potato Ala Kfc. Rasa Yang Sedap Siap Boleh Jual
Siapa yang tak pernah makan mashed potato KFC kan? Lembut dia, dengan sos gravy dia tu memang sedap. Tapi kalau nak ke KFC semata-mata nak beli mashed potato ni, rasa tak berbaloi je.
Sebab tu lah, saya nak kongsikan dengan anda semua cara nak buat mashed potato atau nama melayunya kentang putar ni. Cara nak buat mudah je, simple dan senang. Paling penting sekali, memang sedap!
Terima kasih kepada empunya resepi ni iaitu Cik Lyn Kitchen. Haa, nama pun dah sedap, comfirmlah hasilnya pun sedap kebabom kan.
RESEPI MASHED POTATO ALA KFC
Untuk membuat kentang putar ini, kita perlu membuat kentangnya dahulu kemudian barulah sos atau gravy nya yang sedap tu.
Bahan-bahan yang digunakan untuk buat kentang putar ni adalah :
- 8 biji kentang
- 1 kotak kecil susu segar
- sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
- serbuk lada hitam (secukup rasa)
- lada sulah (secukup rasa)
CARA PENYEDIAAN KENTANG PUTARNYA :
▶ Kentang dikupas kulitnya dan dipotong
▶ Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana
▶ Bila kentang sudah empuk, toskan air
▶ Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
▶ Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
▶ Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.. saya guna hand blender nak senang.. Dapat texture halus.
Dah ada kentang putarnya, sekarang jom kita buat gravy pula. Tak sabar pula nak cepat siap dan nak makan kentang putar yang awesome ni.
Bahan-bahan untuk Sos (Gravy) :
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 2 ulas bawang putih (potong dadu)
- 4 sudu butter/ marjerin
- 2 sudu tepung gandum @ tepung jagung
- 2 kiub ayam
- lada hitam dan sulah
- 2 ½ cawan air
BACA JUGA: Aneka Kek Marble Yang Mudah Dan Sedap! Resepi Sukatan Cawan Senang Nak Buat Comfirm Jadi
CARA PENYEDIAAN SOS (GRAVY) :
▶ Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api yang sederhana. Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
▶ Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
▶ Masukkan air ( sikit-sikit smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati. Tutup api dan masukkan dalam blender.. Kisar sampai semua hancur.
▶ Masak balik atas api sederhana
▶ Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa
▶ Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
▶ Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
Waah! Mudah je nak buat mashed potato ala KFC ni. Kalau sesimple ni, bolehlah buat jika ada event kecik-kecik macam sambut birthday atau nak makan beramai-ramai di hujung minggu.
Jangan lupa sharekan dulu perkongsian ini di facebook masing masing ye. Senang nanti nak buat boleh rujuk semula. Mana lah tahu ada yang tercari cari resepi nak buat mashed potato ala KFC ni kan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!