Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ketupat Guna Daun Pisang. Sangat Mudah Sebab Tak Perlu Anyam Daun Ketupat Pun! 

0 76

Hari ni dah masuk raya ketiga. Tentu masih banyak daging korban kat peti sejuk kan? Apa kata kita buat ketupat untuk dimakan bersama rendang. Follow je cara buat ketupat guna daun pisang ni disini. Mudah dan pasti menjadi!

Resepi ketupat kali ini tidak menggunakan daun palas mahupun daun kepala. Ketupat cuma perlu dimasak menggunakan daun pisang sahaja. Macam mana nak buat tu? Mudah je dan tidak memerlukan bahan memasak yang banyak.

Resepi ketupat guna daun pisang ini boleh dibuat bila-bila masa. Sebab tak perlu menganyam daun palas dan daun kelapa. Yang paling penting hasil ketupat yang dibuat lembut, wangi dan berlemak.

Mungkin ramai yang akan menggunakan cara ini disebabkan tidak dapat pulang ke kampung halaman. Maklumlah sentiasa harapkan mak untuk anyam ketupat. Kalau dah tak tahu nak anyam, kenalah buat guna daun pisang.

Ketupat juga antara hidangan yang wajib ada bila menjelang hari raya. Walaupun tak dapat beraya dikampung, apa kata kita ikuti perkongsian resepi ketupat guna daun pisang yang dikongsikan oleh Encik Hairul Hamid ini.

 

RESEPI KETUPAT GUNA DAUN PISANG

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Dapatlah mereka yang tak beraya di kampung mencuba resepi ini dirumah masing-masing. Jom kita lihat cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 4 cawan Beras pulut
  • 2 biji kelapa Santan
  • 1 helai Daun pandan
  • 1 helai Daun pisang
  • Garam Secukup rasa

CARA PENYEDIAAN KETUPAT GUNA DAUN PISANG :

▶️ Rendam beras pulut 2 jam.

▶️ Kukus beras pulut bersama santan, sedikit garam dan daun pandan.

▶️ Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.

▶️ Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang. Ikat bahagian hujung dan tengah menggunakan tali straw.

▶️ Dah siap balut bolehlah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.

▶️ Potong dan siap untuk dihidang bersama rendang!

 

BACA JUGA: Resepi Kek Cheese Lotus Biscoff Yang Paling Sedap. Mudah Sangat, Tak Perlu Oven, Tak Perlu Telur Dan Tak Perlu Bakar!

 

Dah siap! Mudah sangat kan. Walaupun tak dapat beraya dikampung, harap-harap dengan perkongsian resepi ini dapat jugalah menyerikan lagi suasana hari raya korban anda sekeluarga dibandar.

Terdapat dua jenis ketupat yang menggunakan daun pisang iaitu ketupat pulut dan ketupat nasi. Ketupat nasi ini sangat popular dikalangan suku kaum bugis di Sabah. Yang mana ianya dikenali sebagai ‘buras’.

Tapi untuk resepi kali ini, daun pisang akan digunakan untuk masak ketupat. Pasti seronok dapat makan ketupat macam kat kampung dengan daging korban. Semoga resepi ketupat guna daun pisang ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open