Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Keropok Bawang Resepi Legend. Mudah dan Confirm Jadi!

0 5,704

Tempat saya keropok ini dinamakan keropok murni. Mungkin sebab terpengaruh dengan iklan keropok ni di televisyen satu masa dulu. Rupanya nama keropok ini keropok bawang ye. Ada yang namakan dengan nama keropok sayur.

Terpulang pada nama, tapi keropok ni sangat sedap untuk dimakan sebagai kudapan sambil tonton televisyen atau peneman waktu bekerja.

Tak sangka juga cara nak buat dia mudah je. Ye lah, kalau sewaktu kecil hanya tolong-tolong nenek jemurkan sahaja. Kali ini, kita cuba buat dari mula dengan follow je resepi Siti Nur Sumayyah ni.

Mujur ada perkongsian daripada Siti Nur Sumayyah ni yang menerangkan cara-cara buat keropok bawang dengan mudah.

 

RESEPI KEROPOK BAWANG

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat keropok bawang ini adalah :

  • 1 Cawan Nasi Sejuk
  • 5 Cawan tepung Ubi
  • 3 – 5 ulas bawang putih (ikut suka nak banyak mana)
  • Sedikit garam sebagai perasa
  • 1 sudu makan Maggi cukup rasa

CARA PENYEDIAAN KEROPOK BAWANG :

▶ Kisar nasi, bawang putih dengan sedikit air. Kisar sehingga hancur dan lumat seperti makanan bayi.

▶ Kemudian, panaskan kuali dan masukkan bahan kisar.

▶ Tidak perlu masukkan minyak. Hanya panaskan bahan kisar tadi sehingga suam-suam sahaja. Gunakan api yang kecil untuk elakkan menjadi hangit.

▶ Masukkan tepung ubi ke dalam sebuah bekas @ besen.

▶ Kemudian, masukkan bahan yang dipanaskan tadi ke dalam bekas mengandungi tepung ubi.

▶ Gaul sehingga adunan jadi berbentuk doh. Pastikan ianya tidak melekat di tangan. Sekiranya masih melekat, masukkan sedikit lagi tepung.

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Bun Inti Kaya Yang Lembut dan Gebu Di Sini. Menjadi Macam Beli Kat Kedai.

▶ Bila dah menjadi doh dan tidak melekat pada tangan, bahagikan kepada beberapa bahagian.

▶ Uli setiap adunan tersebut secara memanjang. (Ikut saiz nak keropok kita besar mana bila digoreng). Boleh juga ikut saiz seperti keropok lekor, ianya lebih sesuai.

▶ Panaskan air dalam kuali atau periuk besar sehingga mendidih.

▶ Masukkan adunan tersebut. Kukus sehingga dia masak. Pastikan dah timbul baru diangkat.  (Bila dah timbul, maksudnya sudah masak)

▶ Sediakan bahan pewarna (jika ada) bancuh pencelup merah dengan air. Celup adunan keropok kita tadi sekadar 10 saat sahaja. Pastikan keseluruhannya kena dengan warna tersebut.

▶ Ulang jika ada pewarna lain juga sekiranya nak berwarna warni.

Seterusnya, sejukkan sekadar 5 hingga 10 minit. Kemudian, masukkan dalam peti sejuk, bahagian bawah (bukan sejuk beku) seharian.

Bila dah cukup seharian, baru lah potong nipis-nipis untuk dijemur. Jemur sehingga dia betul2 kering. Baru lah sedap untuk digoreng.

Panjang juga cara nak buat keropok bawang ni. Tapi bila dapat buat sendiri rasa puas hat ikan. Terjamin kebersihannya dan paling penting jimat bila ada nasi lebih tu.

Bukan mak ayah je suka, anak-anak pun berebut nak makan keropok warna warni ni. Kepada yang baru nak buat, selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open