Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kebab Daging Arab Menggunakan Daging Ramly. Sedap Dan Padu!
Kalau ke pasar malam, antara makanan wajib dapatkan adalah kebab. Tak kisahlah kebab atau pita, wajib ada salah satu. Tapi ada yang pernah cuba makan kebab daging Arab?
Jika di arab, kebab ni dipanggil shawarma. Tapi di sini kita panggil kebab ayam, kebab daging dan sebagainya. Sedap kebab ni biasanya terletak pada dua faktor utama. Isi sama ada ayam atau dagingnya, dan juga sos yang digunakan.
Bahagian inti tu kena masak betul-betul supaya dapat hasilkan rasa yang marvellous. Picit pula dengan sos black pepper, mayonis atau cheezy sos memang tak cukup 1 bungkus kebabnya nanti.
Dalam perkongsian Tuan Emee Sham ni saya tertarik betul tengok persiapan dan pembungkusan yang beliau buat untuk hidangan keluarga. Mana tidaknya, masak di rumah, tapi bungkus macam makan di kedai. Barulah dapat feel makan makanan kedai kan.
Seronok juga share daripada Tuan ni di mana menggelarkan istserinya sebagai Mak Andeh. Pelbagai celoteh yang beliau kongsikan dalam posting -posting beliau.
RESEPI KEBAB DAGING ARAB
Kebab daging arab ni sedikit berbeza dengan kebab biasa di pasar malam yang biasa kita makan. Jika biasa, bahagian dalamnya ada inti dan dihias dnegan sos kan. Tapi tidak untuk kebab daging arab ini. Jom saya kongsikan secara detail.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Daging kisar Ramly
- Wrap Roll Gardenia
- Bawang putih
- Bawang Holland
- Cili Benggala (potong dadu)
- Timun (potong dadu)
- Sos cili
- Sos lada hitam
- Tomato ceri ( dibelah 2)
- Italian Herbs
- Planta
CARA PENYEDIAAN KEBAB DAGING ARAB :
▶ Mula-mula sekali, cairkan planta. Tumis bawnag holland dan bawang putih.
▶ Tumis sampai bertukar keperangan.
▶ Seterusnya, masukkan daging kisar. Cincang halus-halus ye daging tu.
▶ Biarkan mereneh dan cantik je. Kemudian masukkan air. Kacau rata.
▶ Masukkan sos cili dan sos lada hitam. Gaul sampai sebati.
▶ Taburkan Italian herbs. Kacau sekejap masukkan pula timun, tomato ceri dan lada benggala. Kacau sehingga semuanya sedikit layu.
▶ Perasakan dengan garam. Tutup api.
▶ Panaskan pan kering, dan letakkan wrap di atas pan. Pastikan warap panas dan suam sedikit supaya lembut.
▶ Masukkan daging pada bahagian tengah wrap dna balut cantik-vantik dan kemas-kemas.
▶ Gulung dan panaskan semula atas pan. Sehingga ada kesan bakar, angkat dan sedia untuk dimakan!
BACA JUGA: Cara Buat Ayam Pandan Juicy Dan Lembut. Balut Guna Daun Pandan Je!
Kebab daging Arab ni, nampak berbeza dengan adanya sayur tambahan seperti timun, tomato cer serta lada benggala di dalamnya. Sedangkan kebab biasa memang tidak ada bahan-bahan ni.
Tapi bahan yang digunakan ni semua simple dan senang nak follow step by step dia. Cuma dari segi bilangan bahan yang digunakan adalah terpulang kepada kita. Untuk rasa yang pedas, boleh masukkan cili padi sekali ye.
Kalau tak dapat nak buat sekarang, save dulu perkongsian ini di laman facebook ye. Supaya mudah nak cari semula bila bekelapangan nak buat kebab daging arab ni. Selmaat mencuba ye buat kawan-kawan semua!