Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Dimsum Homemade. Kulit Dan Inti Semua Buat Sendiri!
Ada dekat sini yang suka makan dimsum? Sedap je makan cicah dengan pencicah Thai kan. Pedas-pedas manis dia memang ramai yang suka. Dimsum yang sedap, bila kita makan isinya padat dan rasa setiap bahan yang digunakan tu.
Biasanya nak buat dimsum ni kita akan gunakan isi ayam tau. Belum pernah yang gunakan daging sebagai inti dimsum. Tapi ianya terpulang kepada kita. Sebab ada yang suka campurkan denga nisi udang.
Tak boleh nak katakan ini adalah resepi original kerana makanan ni popular di kalangan kaum cina. Jadi mungkin nanti saya kongsikan resepi original dimsum ye.
Tapi untuk kali ni, resepi dimsum yang saya nak share ni dikongsikan oleh Cik Puan Nur Adiba Amira. Beliau kongsikan cara nak buat dimsum homemade versi halalan tayyiban.
Jadi, kita nak makan banyak mana pun boleh kerana ianya dijamin halal. Lagipun kita buat sendiri sahaja dari kulit sampailah intinya.
RESEPI DIMSUM MUDAH HOMEMADE
Untuk warna kulit terpulang kepada kita nak guna warna apa. Ada yang suka gunakan satu pewarna sahaja. Dan ada yang suka pelbagaikan warna. Selain untuk anak-anak, ia juga untuk membezakan perisa yang digunakan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
BAHAN KULIT :
- 250 gram tepung gandum
- 40 gram tepung ubi kayu
- 2 sudu minyak masak
- Air
- Garam
- Pewarna makanan
CARA PENYEDIAAN KULIT DIMSUM :
▶ Satukan tepung gandum dengan tepung ubi kayu. Kemudian, masukkan garam, minyak masak dan juga air. Air ni masuk sikit demi sedikit.
▶ Sebatikan semua bahan sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
▶ Kemudian asingkan kepada beberapa bahagian utnuk warnakan dengan warna yang berbeza.
▶ Gelek nipis-nipis dan tekapkan dengan permukaan cawan. Biarkan seketika
Sementara tu, jom kita siapkan inti atau isi dismum ni pula. Untuk mudah saya akan kongsikan isi yang menggunakan isi ayam dan juga udang digabungkan bersama.
BAHAN INTI DIMSUM :
- 3 ketul dada ayam
- Udang cincang ( ikut suka )
- 2 sudu tepung jagung
- Garam dan Gula
- 2 sudu serbuk lada hitam
- 1 sudu makan kicap
- 1 sudu minyak bijan
- Lobak merah ( cincang )
- Cendawan shitake ( cincang)
CARA PENYEDIAAN INTI DIMSUM :
▶ Mula-mula sekali, kisar ayam atau cincang sampai halus.
▶ Kemudian satukan semua bahan-bahan dalam satu bekas.
▶ Gaul dan kacau semua sekali sampai sekata.
▶ Untuk bahan perasa, boleh juga masukkan kiub pati ayam jika ada.
▶ Bila semua bahan dan sebati. Sedia untuk diisikan ke dalam kulit dimsum.
BACA JUGA: Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Campur Dengan Petai Kikis Memang Padu!
▶ Kulit dimsum tadi, leperkan dan letak atas tapak tangan.
▶ Sudukan inti dan bentukkan keliling kulit dimsum supaya melitupi ruang tepi. Boleh juga dilipat sepenuhnya dan jadikan seperti bentuk dumpling. Atau boleh juga gunakan acuan karipap.
▶ Buat sampai habis isi atau kulit dimsum. Waktu ni, dah boleh panaskan periuk pengukus.
▶ Kukus sampai masak.
▶ Dah masak, sedia untuk dihidangkan bersama sos Thai yang sedap!
Simple je rupanya nak buat dimsum ni. Selalu kalau rasa nak makan, memang beli je. tapi cepat sangat habis dan tak puas nak makan banyak.
Dah tahu cara nak buat dimsum, selepas ni bolehlah cuba buat sendiri je. Confirm anak-anak pun suka makan! NAnti bila dah buat, jangan lupa kongsikan dekat wall facebook masing-masing ye. Selamat mencuba!