Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Cekodok Sayur Simple. Rangup Luar Isi Lembut Di Dalam!

Cekodok sayur campur
0 11,854

Ada yang suka makan cekodok sayur? Atau ada yang panggil cucur sayur. Untuk minum petang, sesuai sangat nak buat cucur sayur ni. Resepi paling simple dan mudah untuk disediakan.

Kalau sebelum ni makan cucur kucai je kalau sayur kan, tapi kali ni pelbagai sayur kita akan guna dalam cekodok sayur ni.

Buat cekodok sayur ni, kalau makan cicah dengan sos cili biasa pun dah sedap. Berebut makan panas-panas dengan anak beranak tau.

Yang mana nak buat cucur sayur macam ni, boleh follow je resepi daripada Cik Puan Zaiton Deraman ni. Bahan yang mudah je kita guna. Yang ada dekat dapur rumah kita je.

Selain makan petang, nak buat cucur sayur ni untuk breakfast pun sesuai je. Nak sedap, cicah dengan sambal bilis atau kuah masak lemak atau kuah sardin.

 

RESEPI CEKODOK SAYUR

Jika kita ada anak-anak yang tak suka makan sayur, boleh cuba buat cekodok ni. Nak ianya lebih berkhasiat dan lengkap dengan semua protein, karbo dan sebagainya boleh tambah sedikit nasi bersama.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Daun kucai
  • Lobak Merah
  • Kobis
  • 1 Biji Bawang Besar Holland
  • 10 ekor Udang Segar
  • 3 biji Cili Padi
  • 1 kg tepung gandum

CARA PENYEDIAAN CUCUR SAYUR :

▶ Basuh bersih semua bahan-bahan di atas.

▶ Racik halus atau sagat semua bahan-bahan sayur kita termasuk udang.

▶ Masukkan dalam bekas. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaulkan semua bahan dengan sedikit air. Air ni masukkan sikit demi sedikit.

▶ Sampai jadi adunan cucur. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu likat.

▶ Panaskan minyak dan sendukkan adunan cucur ke dalam kuali bila minyak dah panas.

▶ Goreng sampai garing dan isinya masak sempurna.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Daging Masak Cuka. Resepi Kenduri Yang Awesome!

Sedapnyaa dapat makan cucur sayur ni panas-panas suam macam tu. Hidangkan dengan teh o panas memang layans. Kalau kita suka pedas, boleh tambah cili padi dan masukkan dalam adunan kita.

Tapi kalau nak buat untuk anak-anak tak perlu letakkan cili padi. Jika nak masukkan nasi dalam adunan, pastikan guna nasi sejuk dan boleh lebihkan air sikit ye supaya adunan tak terlalu likat.

Save dulu resepi ni untuk kita buat nanti bila berkelapangan. Nak guna apa jua sayur adalah pilihan kita. Ada yang suka letakkan cendawan, sosej ianya terpulang ye.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open