Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Bebola Bergedil Ayam Yang Paling Mudah. Makan Macam Tu Je Pun Sedap!
Suka makan bebola bergedil ayam? Biasanya bergedil ni akan di hidang bersama soto dan kuah kicap. Tapi, resepi bebola bergedil ayam yang ni boleh di makan macam tu je. Sedap sangat rasanya. Cara penyediaannya pun simple dan mudah.
Musim-musim raya ni, mesti ramai yang nak buat open house kan. Ada yang sampai order bargedil ni untuk di makan dengan soto. Buat apa nak tempah kalau dah ada resepi mudah ni kan? Korang follow je sebijik-sebijik confirm menjadi!
Bahan așas nak masak bergedil ni sudah tentu lah kentang. Kentang tu korang kena potong dadu dan goreng terlebih dahulu. Dah siap goreng korang kena lenyekkan dan campur dengan bahan lain termasuk tepung. Kemudian, bulat-bulat ikut saiz yang korang nak dan goreng.
Bergedil ni memang sesuai di matchkan dengan soto dan kuah kicap. Tapi resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Har Ryea boleh di makan begitu je. Korang nak gantikan dengan daging pun boleh ye. Maklumlah ayam kan dah mahal sekarang ni.
Hujung-hujung minggu macam ni mesti ada yang nak buat minum petang dengan keluarga kan? Apa kata korang buat je bebola bergedil ayam ni. Buat lebih pun takpe, boleh frozenkan dan bila nak makan tinggal goreng je. Senang!
RESEPI BEBOLA BERGEDIL AYAM
Mesti ada yang dah tak sabar nak cuba buat bebola bergedil ayam ni dirumah. So, tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 6-7 biji kentang (dipotong dadu)
- Garam
- Lada sulah
- Isi ayam kisar
- Hirisan daun sup
- Hirisan lada merah
- Hirisan bawang merah
- Sebiji telur
- Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN BEBOLA BERGEDIL AYAM :
▶️ Goreng 6-7 biji kentang yg dah dipotong dadu.
▶️ Lenyek-lenyekkan dalam mangkuk.
▶️ Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam kisar, hirisan daun sup, hirisan lada merah, hirisan bawang merah, sebiji telur dan bawang goreng. Gaul rata semua bahan.
▶️ Kemudian, bulat-bulatkan macam meatball. Simpan dalam bekas & masukkan dalam peti sejuk sekejap (1/2jam) sebelum digoreng.
▶️ Pukul 2 biji telur dalam mangkuk. Panaskan minyak, celupkan bergedil tadi lepastu boleh mula goreng.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kuih Ropa Inti Ikan Resepi Dari Terengganu. Licin Sepinggan Dibuatnya!
Wow! Dah siap pun bebola bergedil ayam kita. Bebola ni tak sama dengan tauhu bergedil tau. Korang suka yang mana? Kalau suka kentang, bebola bergedil ni lagi sedap. Betul tak? Tapi, kalau korang penggemar tauhu, dan tak suka buat benda yang renyah, mesti korang lebih suka tauhu kan.
Untuk pengetahuan korang, Cik Puan Har Ryea ni sangat gemar berkongsi resepi masakan di wall Facebooknya. Dan saya tertarik dengan resepi nasi goreng lada kering yang beliau share tu. Nampak sedap, next time kita cuba okey.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi bebola bergedil ayam yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!