Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Maggy Kari Telur Goyang Macam Ni, Daripada Kenyang Terus Lapar Balik!

Maggi kari telur goyang
0 2,903

Makanan paling simple, senang nak buat dan rasa pun sedap sudah tentulah maggy kari. Lagi sedap kalau dapat buat maggy kari telur goyang. Fuuh! Makan panas-panas memang layanz.

Betapa pentingnya maggy ni ada dalam seharian kita sampaikan anak-anak perantauan yang belajar, atau bekerja di luar negara pun wajib bawa bekala maggy ni ke sana. Kalau tak dapat makan nasi lemak, makan maggy pun boleh buat hilang rindu dekat Malaysia.

Kita yang berada dekat Malaysia ni pun boleh dikatakan stok wajib ada dekat dapur kita. Senang bila lapar tengah-tengah malam, buat je maggy sebagai alas perut menanti hari esok. Dan nak makan maggy ni biar pedas sikit barulah ngam.

Walaupun maggy n ikeluarkan pelbagai perisa lain, tapi maggi kari juga yang emnjadi kegilaan. Padankan pula dengan telur goyang memang buat kita rasa tak sabar nak makan. Tapi tak semua pandai buat telur goyang ni.

Tersilap cara, boleh hancur telur kuningnya. Lama sikit masak keseluruhannya. Tapi resepi daripada Cik Puan Norliana Manap ni buat saya rasa berselera pulak tengok maggi dengan telur goyangnya. Silap-silap sekejap lagi masuk dapur buat sama! Hehe

 

RESEPI MAGGY KARI TELUR GOYANG

Maggy kari ni akan jadi lagi sedap kalau gunakan bawang putih yang banyak. Bila hirup kuah tu rasa sedap je. Nak masukkan sayur apa-apa pun boleh asalkan kita suka.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 paket maggy kari
  • 3 biji telur
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Rempah kari ayam . daging
  • Sawi

CARA PENYEDIAAN MAGGY KARI TELUR GOYANG :

▶ Mula-mula tumis dulu bawang besar, bawang putih dan daun kari.

▶ Bila dah naik bau masukkan serbuk kari ayam atau daging. Tumis sampai pecah minyak dan sedikit garing.

▶ Dah garing, tuang sedikit air dan masukkan pula perencah maggy kari yang ada dalam paket maggy.

▶ Tumis sekejap dan masukkan air untuk kuahnya. Jangan terllau banyak nanti hilang rasa karinya pula. Masukkan telur dan masak sehingga menjadi tekstur yang kita mahukan. Tutup kuali dan masak guna api yang paling perlahan.

▶ Bila telur dah goyang, angkat dan kelaurkan dulu telur tersebut. Tambah sedikit air lagi untuk kuah banyak mana yang kita mahu.

▶ Masukkan maggi dan biarkan maggi lembut sedikit. Sebelum betul-betul lembut, masukkan sawi dan cili padi.

▶ Kacau sekejap dan tutup api.

▶ Siap untuk dihidangkan bersama telur goyang kita tadi.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Keria Sedap Dan Marvellous. Guna Tiga Gula Ni Untuk Rasa Yang Awesome!

 

Waah! Kaalu dapat makan maggy kari telur goyang ni, perut tengah kenyang pun jadi lapar balik tau. Jarang ada yang tak suka makan maggy kari ni. Kalau budak asrama sangguplah masak dalam water heater atau rice cooker sebab tiada dapur kan. Yang penting sedap tu kan dik!

Tapi saya amat nasihatkan untuk tidak terlalu kerap makan maggy ni. Kerana seperti yang kita sedia maklum makanan segera juga mempunya kesan-kesan sampingan terhadap kesihatan terutama bila kita makan dengan kerap dan banyak.

Oleh itu, sesekali nak buat tu boleh dan tiada masalah. Buat je maggy kari telur goyang macam ni cimfirm cepat licin. Selamat menjamu selera!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open