Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Air Soda Herbs Viral. Minum Sihat Menghilangkan Dahaga!

0 7,077

Pernah satu masa dulu tak silap saya pada tahun 2016, mula viral mengenai Air Soda Herbs ni di seluruh media sosial baik facebook, youtube, twitter ataupun Instagram. Semua pakat duk buat air soda herbs ni.

Pernah juga cuba dan memang sedap rasa dia. Segar dan manis-manis masam je airnya. Kalau buat waktu bulan puasa, minum waktu berbuka memang tak boleh nak bincang.

Tapi biasanya kalau bulan puasa, air apa yang datang mula-mula semua kita sebat dulu bagi hilang haus kan. Tak kira dah air apa yang sampai dulu.

Untuk perkongsian Kali ni, saya nak kembalikan semula memori buat air soda herbs yang sedap ni dengan resepi daripada Nurul Jahirah. Lagi banyak bahan yang digunakan lagilah sedap dan bagus untuk badan kita.

Dalam air soda herbs ni memang kita gunakan bahan-bahan yang melegakan dan berangin seperti daun pudina, lemon, serai dan sebagainya. Ada juga versi bubuh halia.  Tapi tak semua yang suka.

 

RESEPI AIR SODA HERBS

Pokoknya, apa jua yang kita nak makan, nak rasa boleh masukkan dalam air soda herbs kita. Ada rasa manis, bergas, masin dan masam bergabung dalam satu minuman. Teguk dengan sejuk air batu memang minum pun layan.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 1 botol besar ais cream soda
  • 1 tin laici ( ambil buahnya sahaja)
  • 2 batang serai ( titik )
  • Daun pudina
  • 1 biji lemon ( hiris nipis)
  • 5 biji asam boi putih
  • Ais batu

CARA PENYEDIAAN AIR SODA HERBS :

▶ Mula-mula sekali, cuci semua bahan-bahan tadi. masukkan dalam jag.

▶ Hiris lemon nipis-nipis. Boleh juga perahkan sedikit di dalam jah tersebut.

▶ Masukkan daun pudina, serai yang diketuk. Asam boi putih, buah laici dan juga air batu.

▶ Akhir sekali, masukkan ais cream soda sehingga penuh. Kacau supaya semua bahan-bahan sebati dan rasa.

▶ Dah sejuk, barulah tuangkan ke dalam gelas.

▶ Sedia untuk diminum!

 

BACA JUGA: Resepi Mudah Mee Udang Kaw! Kuah Sedap Dan Wajib Cuba.

 

Waah. Geram pulak bila tengok yang dah siap tu. Sekejap lagi nak keluar beli barang, boleh beli sekali barang-barang buat air soda herbs ni. Disebabkan pernah viral air soda herbs ni, beberapa kali juga pergi ke kedai tak jumpa ais cream soda ni tau.

Sekejap je masuk, dah habis stok. Sebab ramai yang nak cuba dengan rasa dia pun boleh tahan sedapnya. Sesekali nak ubah selera boleh lah hidangkan sewaktu makan tengah hari bersama keluarga.

Semoga perkongsian cara nak buat air soda herbs ni, dapatlah memberikan manfaat kepada korang semua. Siapa tahu, ada yang perlukan resepi ni, kongsikan dekat wall masing-masing ye. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open