Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Belajar Buat Putu Mayam Homemade Perisa Pandan Dan Original. Serious Senang Je Rupanya!
Pernah makan putu mayam?? Memang wajib beli setiap kali pergi pasar malam kan. Tapi tahu tak sebenarnya nak buat putu mayam ni senang je. Jom saya kongsikan macam mana nak buat putu mayam homemade!
Kelau perasan di kedai pun ada 2 warna putu mayam. Biasanya yang dijual adalahw arna hijau iaitu pandan dan juga putih yang tiada perasa. Sedap juga dapat makan ketika masih suam dan cicah dengan gula merahnya.
Kalau ada yang nak belajar buat putu mayam ni, boleh ikut cara yang saya nak kongsikan ni. Bila dah tahu, bolehlah buat hidangan minum petang, atau nak buat untuk jualan juga boleh.
Resepi ni saya kongsikan daripada page Resepi Lazat. Menurut page tersebut resepi ini dikongsikan oleh Cik Puan Azlita Aziz di blognya. Akan tetap ade sedikit sahaja yang diubahnya.
Tak sempat nak buat sekarang? Tak apa kongsikan sahaja dulu resepi ni supaya boleh dibuat bila-bila berkelapangan kelak. Yang pasti, putu mayam ni memang favourite semua orang!
RESEPI MUTU MAYAM HOMEMADE
Jika ada yang nak warnakan dengan warna lain juga boleh. Terpulang kepada kita untuk menarikkan lagi putu mayam kita.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan air
- Sedikit garam
- 1 sudu minyak kelapa
- 2 cawan tepung beras
- Sedikit minyak jagung
- Daun pisang
- 10 helai daun padan.
CARA PENYEDIAAN PUTU MAYAM HOMEMADE :
▶ Mula-mula sekali kita didihkan air putih biasa. Untuk yang nak buat versi pandan atau hijau, perlu blend dulu daun pandan dengan 2 cawan air.
▶ Tapi dan ambil airnya cukup 2 cawan didihkan sehingga menggelegak.
▶ Kemudian masukkan sedikit garam dan minyak masak. kacau bagi rata dan terus matikan api.
▶ Seterusnya, masukkan tepung beras. Kacau sampai adunan jadi lembut je hasilnya.
▶ Masukkan adunan dalam acuan. Acuan ni boleh dibeli di pasar raya, atau kedai kek, kedai kuih pun ada.
▶ Potong daun pisang bentuk bulat. Sapukan di atasnya sedikit minyak jagung.
▶ Tekan acuan dan bentukkan menjadi putu mayam.
▶ Letakkan dalam periuk kukus. Kukus dalam 2-3 minit untuk dia masak sempurna.
▶ Buat sampai habis adunan. Dah cukup masa, boleh hidangkan dengan pencicah yang kita suka.
BACA JUGA: Sambal Hitam Belimbing Buluh Pedas Dan Padu. Cara Paling Cepat Guna Noxxa!
Fuuh! Kalau dapat buat sendiri macam ni dah tak hairanlah kan jika jumpa di pasar malam pun. Sebab dah tahu cara yang paling sedap dan kena dengan tekak.
Memang layan kalau makan waktu masih suam dan panas. Nak-nak lagi makan sebagai pencuci mulut lepas makan makanan berat, Sebab putu mayam ni pun ringan sahaja dengan portion yang kecil.
Bestkan dapat tahu macam mana nak buat putu mayam homemade ni. Saya harap perkongsian resepi putu mayam ni dapat bantu yang mana sedang cari resepi yang mudah nak follow. Selamat mencuba!