Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Asyik Sup Cendawan Je. Kali Ni Cuba Buat Sup Krim Labu Kuning Yang Awesome!
Kalau siapa yang sebelum ni pernah makan sup cendawan, saya nak suggest untuk kali ini tukar dan buat sup krim labu kuning. Sama seperti sup cendawan ianya sedap dimakan dengan roti bakar atau begitu sahaja.
Biasanya bila ada labu dibuatnya pengat lah, kuih bingka lah, dan banyak resepi mengguankan labu ni sebenarnya. Tapia da golongan yang tidak suka makan labu. Buat lah apa-apa pun tetap ditolaknya.
Oleh itu, mungkin boleh cuba bagi sup krik labu kuning ini untuk ubah selera. Resepi daripada Cik Puan Myna AR ni, simple sahaja. tapi ada beberapa komen yang memuji resepi ini kerana dapat buat sup krim labu ini dengan jayanya.
Menurut Cik Puan Myna ni, sup krim labu kuning ni sesuai sangat kalau dimakan waktu petang, pada musim hujan dengan roti bakar sebagai tambahannya.
Sebenarnya bagus makan labu ni sebab dia ada khasiat tersendiri. Rendah kalori bahkan cepat mengenyangkan. Jadi, bagi yang sedang menjaga berat badan terutamanya, makan labu adalah pilihan terbaik.
RESEPI SUP KRIM LABU KUNING :
Makanan sup begini, seringkali dibuat oleh mereka yang tinggal di negara bermusim sejuk. Tidak hairanlah pumpkin soup dan mushroom soup antara makanan yang wajib ada di restoran mereka.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- ½ biji labu kuning ( potong kiub saiz sederhana)
- 1 batang lobak merah @ 2 biji ubi kentang ( potong kiub saiz sederhana)
- 1 biji bawang holland ( potong dadu)
- 3 ulas bawang putih
- 1 kiub pati ayam
- 1 kotak @ 200ml cooking cream / susu cair atau susu segar
- 2 sudu marjerin
CARA PENYEDIAAN SUP KRIM LABU KUNING :
▶ Mula-mula sekali, panaskan kuali / periuk. Cairkan marjerin.
▶ Seterusnya, masukkan bawang putih dan bawang holland. Tumis sampai sedikit garing.
▶ Masukkan 3 cawan air dan kiun pati ayam, labu kuning dan juga lobak merah.
▶ Masak sehingga semua bahan empuk dan lembut
▶ Dah masak. tutup api dan biarkan ia suam sedikit.
▶ Bila dah suam, kisar sampai hancur dan tuang dalm kuali semula.
▶ Masukkan cooking cream atau susu segar. Kacau sekata biarkan mendidih.
▶ Jika kurang masin, tambah sedikit garam. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit susu.
▶ Sebelum makan, tabur serbuk lada hitam dalam mangkuk hidangan.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Daging Masak Palembang. Dah Siap Masak Wangi Satu Rumah!
Wah! Bolehlah sesekali tu ubah selera untuk makanan yang santai dan ringan sebegini. Menggantikan bubur kacang, pengat durian, pengat pisang, bubur jagung atau sup cendawan.
Kalau sebelum ni nak boleh merasa sup cendawan, sup krim labu kuning ni dekat hotel je atau rumah orang ‘have have’, sekarang ni insyaAllah sedikit sebanyak dah banayk menu-menu yang mewah dan sedap sesiapa je boleh buat.
Simpan dulu resepi sup krim labu kuning ni untuk dibuat kemudian. Saya harap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua. Selamat mencuba!