Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Nak Pendekkan Langsir, Tapi Tak Pandai Pot0ng? Guna Pelekat Ni Pun Boleh! Tampal Lencana Sekolah Anak Pun Okay
Setiap kali nak pendekkan langsir mesti hantar kedai potong. Harganya memang sekianlah. Kalau lagi banyak kita hantar kain nak dipotong tu lagilah tinggi belanjanya. Sebenarnya ada cara pendekkan langsir tanpa korang perlu potong. Malah kosnya jauh lebih jimat lagi!
Kita boleh guna adhesive tape dari Daiso ni yang harganya tak sampai RM6 pun! –> https://shope.ee/5Uqcy2k8DA atau https://shope.ee/5KXCld0WA4 . Benda ni memang memudahkan mak-mak yang suka tukar-tukar langsir tu. Apatah lagi musim raya pun dah nak datang ni, mesti ada plan nak tukar langsir baru kan.
Fungsi penggunaanya korang hanya tampal tape ni di belakang langsir yang nak dipendekkan. Lepas tu lekatkannya antara satu sama lain. Tapi sebelum tu korang perlulah ukur dulu bahagian yang nak dipendekkan, baru lepas tu lekatkan. Takut nanti tersalah ukuran pula.
Kemudian boleh gosok bahagian yang dah dilekatkan tu dengan iron. Dah boleh terus pasang langsir korang! Mudah je kan. Kalau lihat fungsinya, sebenarnya berguna juga tape ni untuk kegunaan lain. Contohnya kalau korang nak lekatkan lencana pada baju sekolah anak-anak.
Kalau tidak dulu tu nak jahit lencana pun sampai hantar kedai untuk jahit juga. Yelah, ada juga antara kita ni kemahiran menjahit pun tak berapa pandai, apatah lagi nak jahit lencana yang kena jahit dengan begitu kemas. Jadi waktu inilah tape ni sangat-sangat berguna.
ADHESIVE TAPE SAIZ BESAR DAN HARGA MURAH
Apa yang menariknya tape ni, saiznya boleh tahan besar dan boleh guna untuk banyak kain juga. Untuk saiz tape ni ialah 7cm x 10m. Kalau nak pendekkan langsir itu kira sesuailah, cuma kalau nak lebihkan lagi korang bolehlah buat 2 line. Terpulang pada ukuran langsir korang.
Rasanya kalau nak buat pada lencana tu lagilah banyak jimat kan, siap korang perlu potong 2 lagi tape ni. Untung juga beli tape ni kan, boleh guna untuk banyak kain! Harganya pun 1 bungkus baru RM5.90 sahaja! –> https://shope.ee/5Uqcy2k8DA / https://shope.ee/5KXCld0WA4
MUDAH GUNA
Seperti yang saya maklum tadi, penggunaan tape ni mudah je. Korang hanya letakkan pada belakang bahagian langsir yang nak dipendekkan, begitu juga yang nak lekatkan lencana. Kemudian lekatkan kain tu antara satu sama lain.
Tape ni jenis double sided. Selepas korang lekatkan perlulah iron sehingga betul-betul melekat. Cumanya bila baca beberapa pengalaman pembeli sebelum ni ada lah yang mengalami pengalaman lencana anaknya terbuka sikit selepas dicuci, tapi bila dia iron balik lencana tu melekat semula.
Mungkin dalam situasi ni korang perlu berhati-hati semasa basuh pakaian. Atau kena betul-betul pastikan lencana dan kuat melekat baru boleh basuh. Kenalah bersedia untuk sebarang kemungkinan. –> https://shope.ee/5Uqcy2k8DA / https://shope.ee/5KXCld0WA4
BACA JUGA: Cantikkan Dapur Dengan Kabinet European Style Ni. Pasang Sendiri Je, Jauh Lebih Jimat!
APA KATA MEREKA YANG DAH GUNA
Tape ni boleh didapati di Daiso atau kedai shopeenya juga. Kalau korang tengok kat shopeenya ni dah ada 2.4k jualan dan sentiasa laku keras sampai selalu kehabisan stok. Mungkin sebab tape ni jadi salah satu benda penting yang mak-mak nak simpan.
Yelah, dalam situasi emergency nak pendekkan kain, bila kita tak ada masa, tape inilah paling berguna. Sebab tu elok simpan stok kat rumah. –> https://shope.ee/5Uqcy2k8DA / https://shope.ee/5KXCld0WA4
Kalau nak beli adhesive tape ni memang paling takut bila kita kenangkan kualiti dan keberkesanannya. Tapi Alhamdulillah ada yang kita jumpa feedback dari pembeli ni yang kata kualitinya bagus dan berkesan lepas cuba pada lencana sekolah anak. Ada juga yang kata gam kuat tak mudah tertanggal. Cuma itulah, ada juga yang alami risiko penghantaran. Itu semua luar kawalan pembeli dan penjual juga kan.
Macam yang saya maklumkan tadi ada juga pengalaman orang yang selepas basuh gamnya tertanggal. Dalam situasi ni mungkin bergantung juga jenis kain dan ketebalan langsir yang dia lekatkan tu. Mungkin gunakan untuk emergency sahaja yang sesuai, tapi akhirnya nak lebih berhati-hati perlu jahit langsirnya. Semua ni bergantung pada keadaan.
Walau bagaimana pun, kalau korang tak ada masa nak menjahit, atau nak jimat kos tu, adhesive tape ni sebenarnya amat berguna, jadi tak rugi untuk siap sediakan stoknya di rumah. Dengan harganya yang murah ni tak rugi untuk kita simpan sebiji dua.
Saya tak pernah jumpa lagi feedback yang orang guna pada pakaian lain seperti seluar dan baju. Kalau korang nak cuba pada pakaian korang pula, bolehlah cuba beli tape ni. Nak baca feedback lain lagi, boleh terus ke kedai shopee Daiso di sini. –> https://shope.ee/5Uqcy2k8DA / https://shope.ee/5KXCld0WA4