Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Jangan Buang Perabot Lama. DIY Buat Balik Seperti Perabot Baru, Malah Nampak Lagi Mahal!

0 1,661

Sayangnya perabot lama kat rumah kalau anda terus buang. Padahal masih elok. Kalau masih kukuh almari tu dan setakat nampak lusuh dan menggelumping sikit-sikit, baik makeover! Boleh jadi cantik dan berseri semula seperti perabot baru.

Idea makeover perabot ni boleh buat macam-macam cara. Nak cat sahaja ke, nak tukar beberapa bahagiannya ke. Semua boleh dilakukan sendiri. Ada yang buat cara berjimat je dengan mengecat atau tampal wallpaper sahaja. Cuma rajin tak rajin je kita nak buat semua ni.

Kali ni saya nak bawa satu perkongsian dari saudara Azrul ni yang megubahsuai kabinet dapur lamanya nampak seperti baru! Bukan biasa-biasa tau. Nampak transformasi kabinet tu dari biasa-biasa jadi seperti kabinet mahal. Sekali pandang pun nampak kabinetnya diubah suai bukan setakat warna, malah tambahan kayu pada pintu dan pemegangnya.

Perubahan pada bahagian pintu tu bukanlah dia beli pintu baru, tapi hanya menambah shiplap wainscoting yang ditampalnya sendiri. Shiplap wainscoting ni selalunya orang buat dekorasi pada dinding rumah, tapi bila dipasang pada perabot, waahh nampak kan hasilnya sangat menarik! Boleh nampak yang kayu shiplap ni jadi elemen utama buatkan kabinet ni berubah wajah seperti kabinet mahal.

Ini kerana kayu shiplap ni mudah untuk disesuaikan tak kira sama ada pada dinding atau perabot kabinet, sebab ianya ada bermacam saiz dan mudah untuk dipasang. –> https://shope.ee/5f9ieMcyYa . Nak tau macam mana cara saudara Azrul ni mengubahsuai sepenuhnya kabinet dapurnya, jom tengok step yang dikongsikannya ni.

 

UBAHSUAI PERABOT LAMA JADI SEPERTI BARU DAN NAMPAK MAHAL

Sebenarnya step yang beliau buat tidaklah banyak dan susah mana. Pada mulanya tengok dulu bahagian mana yang anda nak tukar. Yang kita nampak perubahan kabinet beliau ni ialah kayu shiplap pada bahagian pintu, cat dan pemegang pintu.

 

TAMBAH KAYU SHIPLAP

Untuk step awalnya, beliau ukur dulu pintu kabinet, kemudian cari kayu shiplap yang bersesuaian dengan saiz pintu kabinet tu. Kalau tengok di kedai shopee yang beliau beli ni, ada bermacam saiz kayu shiplap anda boleh pilih mengikut kesesuaian kabinet. Ikutlah ketebalan, lebar dan panjang yang anda nak! –> https://shope.ee/5f9ieMcyYa

Lepas tu boleh gamkan kayu shiplap ni pada bahagian pintu kabinet. Nak gam kenalah pastikan guna gam kayu yang kuat dan selamat. Biasanya gam yang kuat selalu orang guna untuk sebarang kerja construction ialah gam jenama V-Tech ni. Bukan sahaja kayu, malah boleh digunakan untuk pvc, aluminium, besi, brick dan macam-macam lagi.  Gam ni pun boleh dapatkan di shopee. –> https://shope.ee/AJvYD5QIzI

 

CAT MATTE UNTUK BUATKAN NAMPAK MAHAL

Selepas dah gam kayu shiplap, biarkan dahulu sebentar dan pastikan betul-betul kuat. Kemudian gosok almari dengan kertas pasir supaya licin sebelum buat proses mengecat! Kalau anda nak cat perabot kayu ni, biasanya yang cantik ialah cat matte! Boleh nampak yang cat matte ni buatkan perabot kita tampak mahal dan eksklusif! –> https://shope.ee/2KtGgYuvIX

Pelbagai warna anda boleh cat ikut kesesuaian dapur dan kesukaan anda. Tengok pilihan warna Encik Azrul ni nampak menarik kan? Warna hitam sememangnya buatkan almari nampak lagi elegant dan nampak berganda mewah.

Warna hitam ni pun sebenarnya sesuai untuk mix and match dengan tema apa sahaja di rumah anda. Namun terpulanglah kalau anda nak cat dengan warna lain. Ada juga yang suka warna putih, warna aluminium, kelabu dan sebagainya. Pelbagai warna cat matte ni boleh dapatkan di kedai ni. –> https://shope.ee/2KtGgYuvIX

 

BACA JUGA : Hanya Tampal Sticker, Tapi Hasilnya Macam Pasang Tiles Mahal! Dapur Terus Nampak Cantik Dan Mewah!

 

TUKAR PEMEGANG (HANDLE) ALMARI

Akhir sekali, tukar pasang pemegang pintu kabinet. Kalau nak ikutkan design pemegang yang asal untuk almari ni biasa je atau dah lama. Macam-macam jenis pemegang pintu almari boleh kita dapatkan di shopee ni. Salah satunya jenis alluminium alloy ni. Sepadan sangat kualiti dia yang kukuh dengan konsep kabinet yang mewah! Tambah lagi dengan warna gold ni. –> https://shope.ee/4fHBSwAYYi

Paling menarik kedai ni pun ada jenis pemegang bulat juga. Kalau anda tak nak jenis yang panjang, boleh pilih jenis yang bulat.

Itu sahaja yang beliau ubahsuai untuk kabinet ni. Menarik kan! Teruja tengok hasilnya dari perabot biasa terus nampak macam yang mewah punya. Yang penting pandai ikut kreativiti dan kemahiran kita mengubahsuai. Selain tu kena rajin survey produk-produk berkualiti dan terbaik kat kedai-kedai yang ada. Beli di shopee ni banyak juga kelebihannya sebab kita dapat baca feedbaik dari pembeli lain.

Jadi kalau anda berminat nak ikut konsep ubahsuai Encik Azrul ni bolehlah ikut step yang beliau kongsikan ni. Saya senaraikan semula kedai mana dia beli barangan untuk memudahkan anda:

Shiplap wainscoting: https://shope.ee/5f9ieMcyYa

Gam kayu: https://shope.ee/AJvYD5QIzI

Cat matte: https://shope.ee/2KtGgYuvIX

Pemegang (handle) pintu: https://shope.ee/4fHBSwAYYi

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open