Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resipi Terbaru Ayam Bali Selasih Kurma. Tak Cukup Sepinggan Nasi, Pasti Nak Lagi!

0 734

Pernah cuba resepi ayam bali selasih kurma? Agak pelik bunyinya kan. Selalunya, resepi ayam yang biasa kita dengar adalah ayam masak bali dan juga ayam masak kurma. Tapi kali ni resepi ayam bali selasih kurma ni  seolah-olah gabungan kedua-dua resepi Masak Bali dan juga kurma. Menarik!

Mesti ada yang pernah cuba makan ayam masak bali,  sangat sedap kan? Ayam masak bali pernah viral dan menjadi satu fenomena di Malaysia. Banyak yang suka dan ramai pecinta masakan yang mencubanya.

Dulu pernah tercari-cari resepi ayam masak bali. Resepi ayam masak bali hampir serupa dengan ayam masak merah. Namun ayam masak bali menggunakan lebih banyak serai dan daun kari, yang membuat rasanya jadi berbeza.

Tapi berlainan pula dengan resepi kali ini, yang dikongsikan oleh Cik Puan Iza Abu Bakar di laman facebooknya. Beliau mengubah suai resepi ayam masak bali dengan bahan tambahan daun selasih dan serbuk kurma. Kreatifkan!

Penggunaan daun selasih yang banyak dalam resepi ini sudah menunjukkan resepi ini sangat enak. Di mana daun selasih mempunyai bau minty, peppery dengan aroma yang tersendiri dan sesuai digunakan sebagai pelengkap rasa dalam masakkan.

 

RESIPI AYAM BALI SELASIH KURMA

Daun selasih ni sejenis ulam yang berkhasiat. Ia boleh dimakan secara mentah ataupun direndam dengan air panas, dijadikan teh. Kedua-dua cara tersebut mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan. Kali ini pula kita cuba resepi masakkan yang ada daun selasih. Jom follow resepi ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam – (dipotong kecil dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang serai (diketuk manja)
  • 2 tangkai daun kari
  • 10 helai daun selasih
  • 4 helai daun limau purut (dibuang tengahnya dan dihiris kecil)
  • 4 sudu besar cili kisar – (kalau nak lebih pedas boleh tambah)
  • 3 sudu besar serbuk rempah kurma
  • Bawang besar – (dikisar)
  • Bawang putih – (dikisar)
  • Halia – (dikisar)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • Minyak masak
  • Daun ketumbar – (sebagai hiasan)

CARA PENYEDIAAN RESIPI AYAM BALI SELASIH KURMA : 

▶️ Lumur ayam dengan kunyit dan garam (jangan banyak sangat tau).

▶️ Goreng ayam separuh masak lebih kurang dalam 10-15 minit. Ketepikan dan toskan.

▶️ Dengan menggunakan sedikit minyak goreng ayam tadi, tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Kacau rata dan biarkan sampai naik bau.

▶️ Lepas tu masukkan bahan yang dikisar tadi dan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan serbuk rempah kurma, kacau rata. Biarkan seketika.

▶️ Kemudian masukkan sos tiram dan ayam yang dah digoreng tadi. Masukkan sedikit air dan kacau sebati.

▶️ Akhir sekali, masukkan daun selasih dan daun limau purut. Kacau rata dan biarkan mereneh lebih kurang dalam 8-10 minit.

▶️ Dah siap! Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.

 

BACA JUGA: Resepi Pau Kari Ayam Kukus Yang Simple. Gebu dan Padu Intinya. Wajib Cuba!

 

Wow! Sangat menyelerakan. Tak tahu nak kata apa, cuma nak pesan yang anda patut cuba resepi ni. Boleh juga dibuat hidangan baru berbuka puasa tahun ini. Penggunaan daun selasih dan serbuk kurma yang banyak menyebabkan resepi ini diberi nama ayam bali selasih kurma. Barulah faham.

Tahu tak, yang daun selasih ni boleh merawat keradangan usu dan sakit-sakit sendi. Jadi, lepas ni kita beramai-ramai tanam pokok selasih kat kawasan rumah. Boleh tambah dalam masakan, boleh dibuat air teh dan juga dijadikan ulam.

Anda wajib cuba resepi baru ni. Mesti berselera satu rumah dapat rasa resepi baru. Kalau asyik resepi ayam yang sama je kita masak, bosan juga kan. Semoga resepi ayam bali selasih kurma ini memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open