Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Terung Bakar Telur Dadar. Makan Dengan Cili Kicap Perah Limau Memang Sedap!
Kalau kat rumah mak aku, sayur terung bakar masak telur dadar ni dah jadi favourite satu rumah. Pantang nampak, berebut nak makan. Dapat makan sayur dan telur sekali dalam satu hidangan. Yang tak pernah try resepi terung bakar telur dadar ni boleh la cuba buat kat rumah. Confirm korang suka!
Resepi ni sesuai sangat untuk korang yang suka makan telur dadar. Boleh makan sayur sekali dengan telur dadar dah lepas ni. Tak perlu masak asing lagi. Terung bakar telur dadar ni kalau makan dengan cili kicap perah limau memang sedap ye. Layan dengan nasi putih panas-panas pun dah cukup.
Dulu aku pernah tanya mak aku, mana dapat resepi ni. Katanya terung bakar masak telur dadar macam ni resepi orang Filipino. Orang Sabah ni kan banyak je kawen dengan orang luar macam Philippine dan Indonesia. Sebab tu macam-macam resepi jadi hidangan mereka setiap hari.
Hari tu aku dah janji nak share dengan korang resepi terung bakar kan? Ha, ni dia resepi terung bakar telur dadar dari Cik Puan Jastia Taza. Sangat mudah nak faham! Tapi nak dapatkan masakan yang sedap, korang kena cari terung yang panjang, bukan bulat ye. Ambil saiz yang tak terlalu besar.
Aku memang suka terung bakar ni. Kadang kalau malas sangat nak bakar, aku goreng je terung tu salut telur dadar. Tapi kena potong nipis la terung tu. Tak syok makan pulak nanti. Jom follow resepinya kat sini. Kalau dah takde idea nak masak apa jap lagi, korang try la buat terung bakar ni.
RESEPI TERUNG BAKAR TELUR DADAR
Semangat aku nak share kat korang resepi ni. Sebab ni makanan favourite kami sekeluarga. Kalau ada sayur ni, kami dah tak perlukan lauk lain dah. Buat cicah cili kicap je dah cukup.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Terung 2 biji
- Telur 2 biji
- Minyak masak
Cara penyediaan terung bakar telur dadar :
▶️ Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna purple bertukar hitam.
▶️ Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi. Kalau bakar bebetul senang nak tanggal kulit dia.
▶️ Pecahkan telur dalam bekas pukul sekejap, masukkan garam dan perasa tambahan lain. Kot nak tambah lada sulah or lada hitam pun boleh jugak. Pelbagaikan.
▶️ Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garfu.
▶️ Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam kita buat telur dadar biasa tu.
▶️ Siap! Dah boleh makan dengan nasi putih panas-panas.
BACA JUGA : Resepi Kuih Talam Cendol Jagung Versi Malas. Kuih Ni Tak Guna Kelapa Langsung Ye!
Simple kan. Tak perlu guna banyak bahan pun. Hanya perlu sediakan tepung, telur dan minyak masak sahaja. Mesti korang tertanya-tanya. Nak bakar macam mana terung ni kan? Gambar pun takde. Ha, bakar atas dapur gas je. Bakar sampai kulit jadi hitam. Jangan risau, belah dalam terung tak hangus.
Aku tak tahu nak kata apa lagi pasal terung bakar ni. Serious sedap and rugi sangat kalau korang tak cuba! Agak berminyak, tapi korang boleh tapis minyak sebelum nak hidang. Nak guna tisu masakan pun boleh. Takde la berminyak sangat terung bakar korang nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Jastia Taza kerana sudi berkongsi resepi terung bakar telur dadar yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!