Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Terung Bakar Bersantan Asam Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 130

Resepi ringkas macam ni pun boleh kan. Tinggal goreng ikan je dah boleh layan terung bakar dengan nasi putih panas-panas. Confirm bertambah nasi dibuatnya. Yang tak pernah cuba, boleh follow resepi terung bakar bersantan asam ni kat sini.

Satu family aku suka makan terung bakar. Tapi cara masak kami berbeza sedikit dengan resepi ni. Memandangkan terung bakar ni dah menarik perhatian aku, rasa nak buat je malam ni. Sebab resepi ni nampak sangat simple dan mudah.

Rasa lemak, manis, masam dan pedas semua ada. Memang perfect! Korang yang nak cari lauk masak simple tapi sedap, boleh cuba yang ni. Boleh jadi pembuka selera ye. Pastikan guna terung panjang nanti dan bukan terung bulat.

Resepi terung bakar bersantan asam ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Julia ALeen Aireish. Lepas ni aku nak pelbagaikan pulak lauk terung yang aku masak kat rumah. Kot yang ni family aku pun suka.

Disebabkan lauk ni bersantan, kita kena lawankan dengan rasa masam asam dan pedas cili. Baru lah tak muak bila makan nanti. Nak buat lauk ni pun tak perlu masak beria. Masak santan dia tu asal panas je. Tak payah masak sampai mendidih.

 

RESEPI TERUNG BAKAR BERSANTAN ASAM

Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan terung bakar bersantan asam ni. Kalau dah semua bahan ada kat rumah. Boleh la kita buat lauk untuk makan malam ni.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 3-4 biji terung panjang
  • 1 mangkuk kecil santan
  • 1 mangkuk kecil jus asam jawa
  • 1/2 biji bawang holland (dihiris)
  • 10 biji cili api
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu kecil garam halus atau secukup rasa

CARA PENYEDIAAN TERUNG BAKAR BERSANTAN ASAM : 

▶️ Bersihkan terung, bakar hingga layu. Kemudian, letak dalam pinggan.

▶️ Cili api dan belacan tumbuk kasar jangan tumbuk lumat.

▶️ Satukan semua bahan yang lain ke dalam periuk, masak cukup bagi panas sahaja.

▶️ Siram atas terung bakar, sedia untuk dinikmati.

 

BACA JUGA : Resepi Kek Marble Red Velvet Yang Moist Gebu Gitu. Sedap Sangat Kek Ni!

 

Fuhh! Nampak sangat menyelerakan ye. Adakah lepas ni lauk terung kegemaran kami sekeluarga boleh bertukar? Haa, mana nak tahu kan. Kita bagi diaorang cuba rasa dulu. Kalau suka kita buat je lagi.

Simple, mudah dan cepat! Aku betul-betul tak sabar nak masak sayur terung bakar bersantan asam ni. Layan dengan ikan goreng je, mesti bertambah nasi dibuatnya. Family aku ni simple, masak ikan goreng dengan sayur pun dah cukup.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Julia ALeen Aireish kerana sudi berkongsi resepi terung bakar bersantan asam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open