Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Telur Dadar Berlauk Yang Simple Dan Mengenyangkan. Confirm Nak Lagi Dibuatnya!

0 265

Menu simple telur dadar yang mengenyangkan. Ha, ni dia resepi telur dadar berlauk. Dah tak payah nak masak banyak lauk lagi lepas ni. Bila time malas datang dan tak nak masak. Ni la menu pilihan yang korang boleh buat kat rumah. 

Senang, cepat dan kenyang. Yang pastinya lauk ni sedap sebab ada macam-macam dalam telur tu. Boleh letak isi ayam, sayur, cili dan macam-macam lagi la. Makan dengan nasi putih panas-panas pun dah cukup. 

Kalau dah bosan sangat nak makan telur dadar, makan telur mata korang ubah la sikit telur tu jadi telur dadar berlauk. Sedap tau! Orang bujang yang sibuk bekerja, boleh save siap-siap resepi ni. Senang nak masak bila takde masa nanti. 

Rasanya semua orang boleh buat lauk ni. Tapi lain orang lain caranya. Korang try pulak Follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Eriyka Syhka ni. Kot sesuai dengan tekak, boleh la masak lagi kat rumah. Jimat masa dan tenaga tau buat lauk ni je. 

Kenapa panggil resepi ni telur dadar berlauk. Haaa, bahan-bahan tambahan akan di gaul bersama lauk ayam, sayur, bawang dan cili. Kemudian goreng mcm biasa. Dah tak cari lauk lain dah kalau masak telur berlauk ni. Nak garing kena letak tepung jagung ye.

RESEPI TELUR DADAR BERLAUK 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan telur dadar berlauk ni. Bahan dan step penyediaannya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 2 biji telur (gandakan bahan jika telur lebih)
  • Isi ayam bahagian dada seketul dicincang
  • Bawang Holland setengah biji potong dadu (guna bawang merah pun boleh)
  • Tomato sebiji potong dadu
  • Cili padi hiris (optional)
  • Carrot sedikit potong dadu kecil
  • Kacang panjang hiris nipis
*Carrot dan kacang panjang bole gantikan dengan sayur campur.
  • Daun sup sedikit hiris nipis
  • Tepung jagung 1 sudu kecil
  • Sos ikan 2 sudu kecil
  • Lada sulah secubit

CARA PENYEDIAAN TELUR DADAR BERLAUK : 

▶️ Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.

▶️ Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Kemudian, buka api yang kecil sekali.

▶️ Goreng telur hingga garing dan masak didalamnya.

▶️ Makan macam tu pun dah sedap. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Air Bandung Soda Yang Paling Mudah. Guna 3 Bahan Dan 3 Langkah Sahaja!

 

Carrot, kacang panjang, dan daun sup dah kehabisan kat rumah kata Cik Puan Eriyka Syhka. Guna bahan yang ada kat dapur je. Janji isi ayam ada dan kena cincang hancur supaya cepat masak time goreng telur dadar ni nanti. 

Korang tau tak apa kunci telur dadar yang kita masak tu garing. Haa, nak garing kena buh tepung jagung masa nak dadar tu. Sebijik macam telur dadar kat kedai makan tekstur telur dadar berlauk korang ni.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Eriyka Syhka kerana sudi berkongsi resepi telur dadar berlauk yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open