Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sup Tauhu Jepun Yang Simple Dan Sedap. Mudah Je Nak Buat!
Selalu makan sup tauhu Jepun ni kat masa duduk kat universiti dulu. Dah lama giler tak dapat rasa. Ada tak penggemarnya kat sini? Haa, hari ni saja cari resepi kat Facebook. Jumpa pulak resepi sup tauhu Jepun ni. Nampak sedap ye!
Ada yang kata susah nak dapat tauhu Jepun ni. Banyak je kat pasaraya. Korang kena tengok kat area cincau tu. Mesti jumpa. Tauhu Jepun ni warna putih. Kena goreng dulu, sebelum nak masak sup nanti.
Sup tauhu Jepun ni nak makan dengan nasi pun boleh. Sesuai jugak untuk orang sakit dan orang yang nak diet. Confirm kenyang makan sup tauhu Jepun ni. Hirup kuah panas-panas memang sedap.
Resepi sup tauhu Jepun ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mazidah Zie. Resepi mudah dan cepat di masak. Tak rugi aku save resepi ni. Boleh la buat lepas craving nanti. Masak je sendiri kat rumah.
Tengok kat gambar je dah terliur weh! Sup ni pekat ala-ala kuah kuey teow kung fu. Sebab ada campuran tepung jagung di dalamnya. Korang nak adjust letak sayur lain kat dalam sup ni pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.
RESEPI SUP TAUHU JEPUN
Haaa, jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Boleh tengok step by step cara penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Tauhu Jepun
- Bawang putih
- Bawang merah
- Telur
- Lada hitam
- Sedikit carrot
- Kiub ayam @ kiub ikan bilis
- Daun sup @ daun bawang
- Sedikit tepung jagung yang di bancuh.
CARA PENYEDIAAN SUP TAUHU JEPUN :
▶️ Goreng tauhu telur terlebih dahulu.
▶️ Tumiskan bawang putih & merah.
▶️ Masukkan air, garam, lada hitam dan kiub ayam.
▶️ Pecahkan telur dan masukkan dalam sup dengan api yang kecik.
▶️ Dah mendidih masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.
▶️ Masak hingga mendidih, masukkan tauhu yang digoreng tadi bersama carrot & daun sup.
BACA JUGA : Resepi Bingka Roti Perisa Pandan Yang Paling Sedap. Senang Giler Nak Buat!
Dah siap pun! Bestnya dapat makan sup tauhu Jepun ni. Teringat pulak zaman belajar dulu. Hari-hari pegi “batavia” mama kedai makan yang famous kat tempat aku dulu. Semua student akan pegi makan tengahari kat kedai tu ye. Murah!
Dah 7 tahun aku tinggal zaman belajar kat universiti. Masuk zaman kerja ni rasa nak masuk zaman belajar balik je. Mesti korang pun ada port lepak makan yang korang suka kan.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mazidah Zie kerana sudi berkongsi resepi sup tauhu Jepun yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!