Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sup Kaki Ayam Dan Kuah Cili Kicap. Makan Panas-Panas Perah Limau Lagi Sedap!

0 196

Wah! Sedapnya sup kaki ayam ni. Letak kuah cili kicap dengan perahan limau lagi sedap kan. Dah lama rasanya aku tak masak sup kaki ayam. Kali ni nak cuba resepi sup kaki ayam versi ni pulak la.

Sesetengah orang tak suka makan kaki ayam. Hurm, mesti korang tak tahu mandat yang ada kat kaki ayam ni kan. Tapi nak dapat khasiat tu kena la di masak sup. Kalau goreng ni, banyak kolestrol je nanti. Hihi

Kaki ayam ni kaya dengan kandungan kolagen (protein), kalsium dan folat. Kolagen boleh membantu meningkatkan kesihatan kulit, melegakan sakit sendi, mencegah kelesapan tulang dan membantu mengawal gula darah.

Kaki ayam ni ramai je yang makan. Kena basuh bersih sebelum di makan. Potong semua tang kuku ayam tu. Baru tak tak was-was atas rasa tak bersih bila makan nanti. Orang kata siang je dulu kaki ayam tu.

Resepi sup kaki ayam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Kak Ina. Siap dapat resepi buat kuah cili kicap lagi. Baru la perfect hidangan sup kaki ayam kita. Tak pedas, tak nikmat pulak time makan nanti.

RESEPI SUP KAKI DAN KUAH CILI KICAP  

Tanpa membuang masa, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sup kaki ayam dan kuah cili kicap ni. Step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Sup kaki (3 kilo kaki)
  • Bawang putih 5/6 biji (tumbuk kasar)
  • Bawang merah 4 ulas (tumbuk kasar)
  • Halia sebuku (tumbuk kasar)
  • Bunga lawang 4/5 ulas
  • Kayu mnis 3 ketoi
  • Sup bunjut dua ketoi
  • Rempah sup 3 sudu
  • Daun sup n daun bawang (racik)
  • Bawang goreng

 

Bahan untuk kuah cili kicap : 
  • Segenggam cili api
  • 4/5 ulas bawang putih
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam
  • Gula
  • Kicap manis kipas udang
  • Limau

CARA PENYEDIAAN SUP KAKI DAN KUAH CILI KICAP : 
Cara penyediaan sup kaki ayam : 

▶️ Mula-mula rebus kaki ayam sampai empuk elok dan lembut.

▶️ Tumis semua bahan tumbuk hingga layu, wangi dan garing sampai perang.

▶️ Masukkan rempah sup, sup bunjut, bunga lawang dan kayu manis. Tumis sekali.

▶️ Lepas dah garing, tuangkan je dalam kaki yang tengah di rebuskan sampai empuk tu.

▶️ Kemudian, perasakan dengan garam, aji dan lada sulah. Dah siap semua letak la bawang goreng dan daun sup.

Cara penyediaan kuah cili kicap : 

▶️ Ambil segenggam cili api.

▶️ Masukkan bawang putih.

▶️ Kemudian, letak sedikit bawang goreng.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Perah pulak dengan sedikit limau. Biarkan ada rasa masam, manis dan pedas. Siap!

 

 

Sedapnya! Makan panas-panas ratah kaki ayam pun dah cukup weh. Lagi-lagi korang yang nak diet. Makan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar pun sedap. Bertambah nasi dibuanya!

Dulu aku rajin jugak buat sup kaki ayam ni. Tapi versi dia lain sikit dari yang ni. Bahan tumis di masak asing barulah di tuang dalam kaki ayam yang direbus empuk tu. Memang berbeza dengan cara aku. Tapi hasilnya nampak hampir sama.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Kak Ina kerana sudi berkongsi resepi sup kaki ayam dan kuah cili kicap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open