Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sup Ikan Merah Ala Thai Yang Super Delicious. Cukup Lengkap Dengan Rasa Masam, Masin Dan Pedas!
Nak makan sup malam ni? Apa kata anda cuba resepi sup ikan merah ala thai yang super sedap ini. Bila siap dimasak terasa lembut isi ikan merah itu dan pastinya lengkap dengan rasa masam, masin dan juga pedas.
Kepada mereka yang gemar dengan hidangan thai, pasti lebih tahu. Masakan mereka sangat sesuai dengan tekak orang Malaysia. Mana tak nya, kita boleh lihat berapa banyak restoran thai yang ada di Malaysia dan semestinya menjadi tumpuan ramai.
Ikan merah yang digunakan kenalah fresh. Barulah terasa isi ikan yang manis. Kalau badan rasa tak sihat boleh cuba sup ni, pasti rasa lega. Wajib guna ikan fresh, barulah rasa padu sup ikan merah ala thai kita ni.
Ikan merah mempunya isi yang sangat lembut, bukan saja isinya boleh dibuat sup. Kepalanya juga menjadi kesukaan ramai bila dijadikan sup. Makan dengan nasi putih dan hirup kuahnya panas-panas, boleh terangkat dibuatnya.
Resepi sup ikan merah ala thai ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Mizzmoon Moon. Boleh dilihat pada facebook beliau, yang mana beliau juga berkongsi video memasak sup buat rujukan kita semua.
RESEPI SUP IKAN MERAH ALA THAI
Sebelum memasak, bahagikan bahan masakan kepada 3 bahagian iaitu bahan tumis, bahan kisar dan lain-lain bahan yang diperlukan dalam masakan. Mari kita lihat apa bahan-bahan itu dan bagaimana cara memasak sup ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan merah (dibersihkan)
- Batang saderi (dihiris)
- Tomato (dipotong 4)
- Carrot (dihiris kasar)
- 2 pokok Akar ketumbar
- Perahan Air limau purut
- 1 sudu besar Sos ikan
- Daun ketumbar
Bahan tumis :
- 3 biji Bawang putih (dihiris)
- 2 biji Bawang merah (dihiris)
- 1 batang Serai (dititik/ ketuk)
- 1 batang Kayu manis
- 1 kuntum Bunga lawang
- 10-15 biji Cili padi (dipotong 2)
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
Bahan kisar :
- 1 camca teh lada hitam
- 1 inci lengkuas
- 8 biji bawang putih
- 2 biji bawang merah
CARA PENYEDIAAN SUP IKAN MERAH ALA THAI :
▶️ Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika.
▶️ Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Tumis hingga sedikit keperangan .
▶️ Masukkan pula bahan kisar dan akar ketumbar. Kacau sehingga naik bau.
▶️ Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
▶️ Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau rata.
▶️ Masukkan batang saderi dan carrot. Biarkan mendidih seketika.
▶️ Bila dah mendidih masukkan ikan merah yang telah dibersihkan tadi. Kacau manja dan biarkan masak.
▶️ Kemudian, masukkan sos ikan dan perahan air limau purut. Kacau rata dan biarkan mendidi.
▶️ Terakhir sekali, masukkan tomato dan daun ketumbar. Siap untuk dihidang.
BACA JUGA: Resepi Minum Petang Bersama Bingka Sawit Yang Lemak Dan Manis. Sedap Sangat Pasti Nak Lagi!
Mudahkan! Bau sup ni amat-amat menaikkan selera makan. Sangat sesuai dijadikan menu makan malam. Kalau musim hujan, pasti sup akan menjadi pilihan anda kan. Nak makan ratah macam tu pun sedap tau.
Lepas ni nak makan sup ikan merah ala thai, buat saja sendiri dirumah. Buat sendiri lebih puas hati. Anda juga boleh mengawal bahan pengawet yang digunakan dalam masakan disamping terjamin bersih.
Cuba buat sup ni untuk makan malam anda bersama keluarga. Tapi kena beringat, ikan yang digunakan wajib fresh barulah terasa sedap sup ikan kita tu. Semoga resepi sup ikan merah ala thai ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!