Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sup Ayam Thai Yang Simple Dan Sedap. Ala-Ala Makan Kat Kedai Siam Hasilnya! 

0 338

Resepi sup ayam Thai ini sangat mudah dibuat. Hanya perlu dimakan dengan nasi putih dah cukup. Sup ayam Thai seringkali menjadi pilihan apabila makan di kedai Siam. Rasanya yang masam pedas antara penyebab kita memilihnya.

Kepada yang selalu makan di kedai Siam, pasti anda dapat menikmati rasa sup ayam Thai di sana kan? Rasanya memang lain sangat berbanding dengan versi sup ayam Malaysia. Lengkap dengan semua rasa seperti masam, manis, masin dan juga pedas.

Anda juga boleh mengurangkan rasa pedas, jika ingin dihidangkan buat anak-anak. Apa saja masakan Thai, semuanya sedap belaka. Memandangkan dah tak boleh nak makan malam di kedai Siam, apa kata kita buat sup ayam Thai homemade.

Dengan mengikuti perkongsian resepi dari Cik Puan Tengku Syazwanie, anda pasti dapat menikmati rasa sup ayam Thai yang sebenar dengan cara paling simple. Ala-ala tengah makan kat Thailad tau.

Kebiasaannya sup ayam Thai ini, lebih enak dimakan dengan nasi putih dan lauk tambahan seperti telur dadar. Hidangan bujang special lah katakan. Tapi kali ini, boleh buat banyak-banyak dirumah dan dihidang buat seisi keluarga. Jimat!

 

RESEPI SUP AYAM THAI

Masakan sup Thai dengan sup orang melayu memang berbeza. Seperti yang kita tahu masakan Thai memang terkenal dengan rasa masam dan pedasnya dałam. Tak kira dalam apa saja jenis masakan. Jadi apa tunggu lagi, jom mula memasak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam (dipotong dan dibersihkan)
  • Air secukupnya
  • Sup bunjut
  • Kiub ayam
  • Lobak merah (dihiris kasar)
  • 2 sudu Sos ikan
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Daun ketumbar
  • Perahan limau nipis

 

Bahan tumis :
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Bawang merah (dimayang)
  • Bawang besar (dimayang)
  • 2/3 Batang Serai
  • Hirisan lemak ayam 

CARA PENYEDIAAN SUP AYAM THAI :

▶️ Tumis semua sekali bahan tumis dengan hirisan lemak ayam sehingga naik bau dan layu.

▶️ Masukkan air dan biarkan. Bila dah hampir menggelegak masukkan ayam, sup bunjut, kiub nor ayam, lobak merah dan biarkan seketika.

▶️ Masukkan 2 sudu sos ikan, tomato dan daun limau purut.

▶️ Perasakan dengan garam, secukup rase dan ajinomoto.

▶️ Bila ayam dah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau nipis. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Wool Bread Atau Roti Manis Yang Boleh Dipelbagaikan. Sesuai Untuk Menu Breakfast Anak-Anak!

 

Siap untuk dihidang! Kalau tak nak makan nasi, masih boleh makan sup ni begitu saja. Nak diet lah katakan. Apa saja jenis hidangan bersup lebih sesuai dihidang dan dimakan waktu malam. Cuaca malamkan agak sejuk, sesuailah dengan hidangan bersup.

Resepi ini boleh menggunakan lauk lain, seperti daging, ikan dan seafood. Terpulang pada citarasa masing-masing. Kalau nak makan sup Thai setiap hari, boleh la cuba lauk-lauk yang berlainan setiap hari.

Lepas ni kalau nak jimat, buat je sup ayam Thai sendiri dirumah. Nak buat banyak mana pun boleh. Setiap kali nak makan lebih sedap dipanaskan dulu kuah supnya. Semoga resepi sup ayam Thai ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open