Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sup Ayam Thai Yang Marvellous. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Resepi sup ayam Thai yang simple dan sedap. Tak renyah nak masak. Kuah rasa masam-masam limau pulak tu. Perah cili kicap lagi sedap. Makan sup ayam ni panas-panas, confirm terangkat dibuatnya.
Masakan Thai ni memang tak di nafikan sedap. Tapi tak kan hari-hari nak makan kat luar kan. Kopak jugak dibuatnya. Elok la masak sendiri kat rumah. Di jamin bersih dan boleh asah skill memasak kita. Lagi pro orang kata.
Aku memang gemar makan sup. Tapi lebih kepada sup ala-ala hidangan Thai macam ni. Tak suka sup yang banyak menggunakan rempah. Tumis bawang, serai dan sup bunjut macam ni pun dah sedap tanpa serbuk rempah sup.
Resepi sup ayam Thai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Tengku Syazwany. Resepi lengkap dan mudah. Orang lelaki nak masak kat rumah time bini takde pun boleh. Confirm bertambah nasi dibuatnya.
Masak sup ayam ni syok time cuaca sejuk-sejuk waktu hujan. Boleh panaskan bahan. Orang demam bagi makan sup ni confirm berselera. Rasa masam dia memang letops la. Licin semangkuk dibuatnya. Rugi tak cuba!
RESEPI SUP AYAM THAI
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sup ayam Thai ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam
- Bawang putih (ditumbuk)*
- Halia (ditumbuk)*
- Bawang merah (dimayang)*
- Bawang besar (dimayang)*
- 2-3 batang serai *
- Lemak ayam (dihiris)*
- Air
- Sup bunjut
- Kiub nor ayam
- Lobak merah
- 2 sudu sos ikan
- Tomato (dibelah)
- Daun limau purut
- Garam dan secukup rasa
- Daun ketumbar
- Perahan asam limau nipis
CARA PENYEDIAAN SUP AYAM THAI :
▶️ Tumis semua bahan bertanda * sekali dengan hirisan lemak ayam sehingga naik bau dan layu.
▶️ Masukkan air. Hampir nak gelegak masukkan ayam, sup bunjut, kiub nor ayam, lobak merah & biarkan seketika.
▶️ Masukkan sos ikan, tomato dan daun limau purut.
▶️ Letak garam & secukup rase atau aji.
▶️ Bila ayam dah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau nipis. Siap!
BACA JUGA : Resepi Kuih Lompat Tikam Yang Wajib Korang Cuba. Lemak Manis Rasanya!
Senang je kan! Yang suka makan sup tanpa serbuk rempah boleh la cuba resepi ni. Tak payah makan kat luar. Beli je sos ikan, macam-macam hidangan Thai korang boleh buat dengan adanya sos ikan tu nanti.
Sup ayam ni ada campuran lemak ayam ye. Yang ni tips masak sup ayam Thai yang sedap. Orang nak diet, mesti pikir panjang nak letak lemak ayam ni ke tak. Boleh je kalau tak nak letak pun. Zero fat! Baru la sihat hidangan kita.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Tengku Syazwany kerana sudi berkongsi resepi sup ayam Thai yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!