Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Stim Tomyam Ikan Kembung Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!
Sebut je pasal tomyam, siapa yang tak suka makan lauk istimewa dari Thailand ni kan. Ratah macam tu pun dah sedap sangat. Boleh di masak menggunakan isi ayam dan juga seafood. Tapi, hari ni kita nak buat menggunakan ikan kembung pula. Dan resepi ni di panggil sebagai stim tomyam ikan kembung.
Cara penyediaannya sangatlah mudah. Dimana semua bahan masakan akan di campur sekali sebelum di stim 20 minit. Tapi wajib buat sos tomyam dulu baru boleh stim semua bahan sekali. Nak buat sos pun tak susah. Yang penting ada perencah tomyam untuk buat sos tu nanti.
Biasanya ikan kembung ni akan dimasak untuk kuah laksa. Tapi kita juga boleh pelbagaikan cara masaknya. Contoh masak stim tomyam ni. Jarang kita jumpa lauk tomyam ikan kembung kat kedai makan. So, elok juga lah kita cuba resepi ni di rumah. Boleh ubah rasa tekak sekali sekala kan.
Stim tomyam ikan kembung ni lebih kurang sama teksturnya dengan masak stim siakap. Tak menggunakan kuah yang banyak. Tapi di perasakan dengan sos tomyam yang dibuat sendiri menggunakan perencah tomyam. Dengan menggunakan perencah tomyam, ada macam-macam resepi korang boleh buat tau.
Selain masak tomyam ayam, tomyam seafood yang ada kat kedai makan tu. Korang juga boleh masak resepi lain seperti nasi goreng, masak stim dan steamboat menggunakan perencah tomyam ni. Kalau dapat perencah tomyam asli dari Thailand lagi sedap kan. Jom follow resepi Cik Puan Cik Ning Haniey ni.
RESEPI STIM TOMYAM IKAN KEMBUNG
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan untuk resepi stim tomyam ikan kembung ni. Jangan masak ikan yang tak fresh, spoil rasa nak makan nanti. Kalau masak ikan yang fresh ni barulah rasa manis isinya bila di makan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Cili
- Daun ketumbar
- Bwg putih
- Bwg merah
- Daun limau purut
- Buah tomato
- Ikan dikelar
- Sos tomyam (Cara refer dibawah)
- Carrot (di celur)
- Serai
- Perencah tomyam
- Gula
- Garam
- Ajinomoto
- Cukup rasa
* Ada yang diketuk, ada yang dimayang dan ada yang dipotong (Rujuk gambar)
Bahan untuk sos :
- Gula
- Garam
- Ajinomoto
- Secukup rasa
- Perencah tomyam
- Sos tiram
- Air asam limau nipis
*Gaul sebati semua bahan dan siap untuk sos tomyam.
CARA PENYEDIAAN STIM TOMYAM IKAN KEMBUNG :
▶️ Tabur semua bahan-bahan termasuk sos tomyam kedalam bekas stim kecuali daun ketumbar dan buah tomata.
▶️ Buah tomato tu masuk separuh je dulu. Separuh lagi ikan tomyam dah masak dan dah nak angkat, barulah masukkan baki yang selebihnya. Harum semerbak aroma daun ketumbar ni. Nampak cantikkan macan-macam warna ada dalam ni.
▶️ Akhir sekali, stim dalam 20 minit. Dah Siap masak!
BACA JUGA : Resepi Kuih Ulat Bulu Ala-Ala Buah Melaka. Nampak Semacam Je, Tapi Sedap Sangat!
Siap untuk dihidang! Nak makan ratah macam tu pun sedap u olls. Kalau makan dengan nasi pula, mesti bertambah-tambah nasi dibuatnya! Cukup rasa orang kata resepi ni. Ada rasa masam, rasa manis dan rasa pedas. Nikmat yang amat bila di makan nanti. Korang mesti dah tak sabar nak makan kan.
Bosan juga asyik nak goreng ikan kembung. Sekali sekala masak masakan Thai macam ni pun syok. Resepi ni hampir sama juga dengan masak stim sebab menggunakan banyak bahan masakan. Ada yang di potong halus, di mayang dan diketuk. So, masa makan tu korang mesti akan terkuis-kuih bahan-bahan masakan tu nanti. Kecuali carrot dan tomato. Bahan masakan lain tu hanya sebagai penyedap dan menaikkan lagi aroma masakan.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Cik Ning Haniey kerana sudi berkongsi resepi stim tomyam ikan kembung yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! Jangan lupa like dan share okey.