Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sotong Phat Phet Thai Yang Beraroma Dan Pedas. Rasa Nak Makan Setiap Hari Je!
Ada yang minat makanan Thai? Mestilah ramai penggemarnya kan. Jom masak sotong phat phet Thai untuk menu makan malam hari ni. Sotong phat phet merupakan salah satu menu yang terkenal di Thailand.
Sekali anda mencubanya mesti rasa nak lagi! Resepi ini menggunakan sotong sebagai bahan utamanya. Resepi ini juga dikatakan masakan dua dalam satu kerana ia mempunyai lauk dan sayuran dalam satu hidangan.
Apa saja jenis masakan Thai mesti disukai ramai. Mungkin disebabkan rasa dan aroma masakannya yang cukup sesuai dengan tekak orang Malaysia. Resepi phat phet Thai ini juga mempunyai rasa yang pedas. Dikatakan lagi pedas, lagi sedap!
Hidangan ini juga lengkap dengan kandungan protein yang tinggi. Dimakan dengan nasi putih tanpa lauk pun boleh. Nak masak resepi ni sangatlah mudah anda cuma perlu ikuti perkongsian dari Cik Puan Nurul Ateekah sahaja.
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini buat semua pengguna facebook. 7.3K share yang dapat kita lihat hasil perkongsian beliau di Facebook. Rata-rata ramai yang sudah mencubanya!
RESEPI SOTONG PHAT PHET THAI
Kepada mereka penggemar masakan Thai yang pedas, apa kata follow sebijik-sebijik resepi sotong phat phet Thai ini. Yang dah pernah cuba pasti dah tahu sejauh mana keenakannya. Sekali sekala tukar selera tak salahkan. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500gram sotong (dicuci bersih)
- 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
- 5 batang cili padi merah (dipotong)
- 1 labu bawang merah (dipotong)
- 1 batang serai (dihiris)
- 4 helai daun limau purut
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil belacan/ fine shrimps sauce
- 2 sudu besar sos ikan
- 1/2 sudu kecil serbuk perasa
- Garam (jika perlu)
- Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
Bahan Kisar :
- 4 batang cili merah
- 4 batang cili hijau
- 1 labu bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit air
CARA PENYEDIAAN SOTONG PHAT PHET THAI :
▶️ Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
▶️ Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
▶️ Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.
▶️ Kemudian,masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
▶️ Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Kuih Bakar Kemboja Yang Mabeles. Bahagian Kerak Yang Garing Lagi Sedap!
Wow! Anda juga boleh menambah seafood lain seperti udang dalam hidangan ini. Terasa pedas-pedas manis jadinya. Yang paling penting dalam masakan makanan laut, anda wajib menggunakan seafood yang betul-betul fresh. Barulah semakin berselera!
Hasil perkongsian beliau difacebook, ramai juga yang berkongsi gambar yang mana mereka telah mencuba resepi ini dirumah. Selain daripada sotong, masak phat phet Thai juga boleh menggunakan udang, ayam dan siput lala.
Kepada yang belum pernah mencubanya dan dah terliur nak rasa hidangan istimewa ini, apa kata get ready untuk masak. Sekali cuba pasti nak lagi! Semoga resepi sotong phat phet Thai ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!