Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sotong Masak Paprik Ala Thai. Garenti Sedap!
Kalau sebelum ni pernah makan lauk paprik ayam, selepas ni boleh cuba menu baru iaitu paprik sotong pulak! Serious sedap dengan wangi daun limau purut, dan sotongnya yang lembut. Lebih-lebih lagi kalau sotong yang ada telurnya sekali.
Biasanya ada sotong je mesti buat sambal, atau pun masak lemak cili padi. Tak pun buat kari sotong. Tapi tak sangka rupanya lauk paprik sotong ni pun memang laku dan marvellous.
Kalau korang pertama kali dengar dan nampak masakan paprik sotong ni boleh save dulu dan boleh buat bila berkelapangan nanti. Nak buat dia pun senang je sebenarnya, sama macam mana nak buat paprik ayam sahaja.
Jadi, dengan bahan-bahan yang ada jom saya kongsikan cara nak hasilkan masakan paprika sotong yang sedap. Kalau lauk sotong, jangan masak terlalu lama tau. Kalau tidak nanti sotong akan jadi liat dan tak sedap.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Siti Fatimah ni semua orang boleh cuba. Sesekali hidangkan kepada anak-anak dan keluarga. Confirm mereka akan suka tau.
RESEPI SOTONG MASAK PAPRIK
Beza bila gunakan sotong dan ayam dalam masakan adalah bila ayam, kena masukkan awal supaya ayam masak sempurna. Tapi jika sotong masuk di hujung kerana tak nak terlebih masak.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- ½ kg sotong
- 2 batang serai
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit kicap manis
- Lobak merah
- ½ ketul pati ayam
- Garam
- Gula
BAHAN TUMBUK :
- 3 biji cili merah
- 8 biji cili padi
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit halia
BAHAN HIASAN :
- Cili padi
- Bawang besar
- Daun limau purut
- Daun bawang
CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK PAPRIK :
▶ Mula-mula sekali, tumbuk sampai hancur bahan tumbuk tadi.
▶ Pastikan sotong dah bersihkan dan toskan sekejap.
▶ Kemudian, panaskan kuali. Tumis bahan tumbuk tadi dengan serai. Tumis sampai pecah minyak
▶ Dah pecah minyak, masukkan air asam jawa, cili sos dan kicap manis.
BACA JUGA: Cara Buat Dimsum Homemade. Kulit Dan Inti Semua Buat Sendiri!
▶ Seterusnya, masukkan sotong. Balik-balikkan supaya sotong masak sekata.
▶ Masukkan bahan perasa, garam, kiub pati ayam. Masukkan lobak merah.
▶ Masak sampai lobak sedikit lembut.
▶ Akhir sekali, taburkan bahan hiasan. Bawang besar, cili padi, daun limau purut dan daun bawang.
▶ Gaul dan kacau sesekali sehingga sotong masak. Jika suka berkuah, boleh tambah sedikit air.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Bukan selalu nak buat sotong masak paprik ni. Bila sekali dah cuba confirm korang akan suka. Masakan paprik ni merupakan masakan ala Thai. Jadi rasa masam-masam mani smemang tak lari.
Yang suka makan masakan Thai wajib cuba resepi sotong masak paprik ni. Makan dengan nasi putih panas-panas sahaja pun dah cukup. Confirm bertambah dibuatnya.
Untuk yang nak cuba buat sotong masak paprik, follow je resepi yang saya kongsikan ni. Senang nak faham dan sangat lengkap.
Selamat mencuba saya ucapkan kepada semua.