Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Salted Egg Crab Homemade. Confirm Sedap Sampai Menjilat Jari!

0 66

Salted egg crab guys! Memang sedap giler lauk ni. Hidangan ala-ala hotel ye. Lepas ni korang yang suka makan salted egg crab tak payah lagi makan kat luar. Dah boleh masak sendiri. Follow je resepi salted egg crab ni kat sini. 

Baru ni satu family aku pergi makan kat satu restoran famous kat Tampi-tampi. Aku baru first time pegi ye. Apa lagi adik aku order banyak seafood termasuk sotong masak telur masin. Licin pinggan dibuatnya! 

Semalam makcik aku ada beli ketam fresh, terus teringin nak masak salted egg crab.  Mesti sedap kan! Apa lagi, cepat-cepat aku cari resepi ketam masak telur masin ni kat Facebook. Finally, jumpa juga resepinya. 

Resepi salted egg crab ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Shanim Shajlo. Nampak simple dan menyelerakan lauk ni. Rugi sangat kalau korang tak cuba. Cara penyediaannya pun mudah. 

Nak makan salted egg ni kena campur sedikit cili bagi pedas sikit kat lidah. Barulah lengkap rasanya. Pastikan jugak korang beli seafood fresh, baru la tak spoil mood masa nak makan nanti. 

RESEPI SALTED EGG CRAB

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan salted egg crab ni. Step memasak seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 5 ekor ketam bersaiz besar XL
  • Minyak
  • 2 sudu besar butter
  • 5 ulas bawang putih di cincang halus
  • Cili padi (agak-agak sendiri, nak pedas letak lebih)
  • 5 biji telor masin yang telah direbus (ambil kuningnya je tambah dengan 1 biji lagi sekali dengan telor putihnya. (Hancur-hancurkan)
  • Daun kari
  • 1/2 tin Susu cair
  • Gula/Garam/Perasa
  • Secubit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN SALTED EGG CRAB : 

▶️ Ketam dibasuh besih.Gaul dgn sedikit garam dan tepung jagung. Gorengkan sekejap

▶️ Agak-agak kulit ketam dah bertukar warna merah, ok la tu.

▶️ Lebihan minyak goreng ketam td ambil sedikit tambah dengan butter.

▶️ Tumiskan bawang putih sampai naik bau masuk kan cili api dan daun kari.

▶️ Masuk kan pulak telur masin kacau-kacau bagi sebati.

▶️ Tambah dengan susu cair. Kalau nak masakan tu berkuah basah-bahan lebihkan sukatan susu.

▶️ Kacau-kacau lagi sampai kuah jadi pekat.

▶️ Perasakan dengan sedikit gula, garam, serbuk perasa dan secubit serbuk lada hitam.

▶️ Masuk kan ketam gaul-gaul dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Goreng Berempah Homemade Yang Paling Sedap. Confirm Tak Cukup Seketul!

 

Fuh! Dah macam makan seafood kat hotel gitu. Nak makan ketam ni syok makan kat rumah. Nak gigit kerang ketam tu pun tak malu. Confirm makan sampai licin pinggan dibuatnya. 

Masak salted egg ni memang famous. Sesuai untuk seafood seperti udang, ketam dan juga sotong. Tak boleh makan selalu kat luar lauk ni. Memang kopak duit poket dibuatnya. Baik masak sendiri kat rumah. Puas hati nak makan nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Shanim Shajlo kerana sudi berkongsi resepi salted egg crab ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open