Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Petai Belado Ikan Bilis Paling Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih, Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Korang plan nak masak apa hari ni? Ada tak yang rasa-rasa nak makan petai campur ikan bilis? Kalau ada, apa kata korang follow resepi petai belado ikan bilis paling simple dan sedap di sini. Makan dengan nasi putih panas-panas, boleh bertambah nasi dibuatnya!
Seperti yang kita tahu, petai ni banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita. Antaranya adalah menambah stamina, meningkatkan daya tahan tubuh, mengelakkan diri dari depresi, stroke dan anemia, tekanan darah tinggi, melancarkan pencernaan dan untuk kesihatan jantung.
Dalam penyediaan petai belado ni, korang boleh adjust tahap penggunaan cili ikut citarasa masing-masing. Kalau nak lagi pedas, boleh tambah lagi jumlah cili masa nak kisar tu. Seeloknya campur cili padi dan cili merah. Tumbuk kasar atau kisar guna chopper. Teksturnya akan lebih cantik.
Resepi petai belado ikan bilis ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Suriani Mohd. Simple dan nampak sedap walaupun dari gambar. Boleh jadi penyedap makanan bila nak makan nanti. Nak masak petai ni tak boleh terlalu lama. Tak rasa rangup bila makan nanti.
Makan lauk ni dah cukup dengan ikan goreng dan telur mata. Makan lauk pedas-pedas barulah syok kan. Penggemar makanan pedas wajib cuba petai belodo ni. Memang tak rugi makan walaupun dengan nasi putih. Sedap weh! Patutlah ramai yang share. Mesti nak cuba kat rumah kan.
RESEPI PETAI BELADO IKAN BILIS
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan petai belado ikan bilis ni. Esok kan rabu, Bolehlah pegi pasar rabu pagi-pagi dan beli petai.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 4 papan Petai
- 200g Ikan bilis
- Cili api
- 4-5 biji Bawang merah
CARA PENYEDIAAN PETAI BELADO IKAN BILIS :
▶️ Tumbuk kasar semua bahan di atas.
▶️ Tumis ke semua bahan-bahan hingga pecah minyak.
▶️ Last sekali, masukkan secukup rasa dan gaul-gaul petai.
▶️ Akhir sekali, terus angkat masuk bekas. Jangan terlalu lama petai tu. Tak syok nak makan nanti.
BACA JUGA : Resepi Bebola Kristal Keledek Yang Mudah Dan Sedap. Makan Panas-Panas Lagi Sedap!
Dah siap pun! Simple sangat nak buat petai belado ni. Biasanya petai ni di masak dengan sambal udang. Kali ni korang boleh ubah selera dan buat cara masak orang seberang Indonesia pula. Bagi ikan bilis tu garing masa menumis, barulah bunyi krup krap krup krap bila nak makan nanti.
Siapa je yang tak suka dengan masakan kampung kan. Kalau balik rumah mak, macam-macam nak minta mak masakan. Padahal lauk petai belado macam ni tak susah pun nak buat. Tapi, tak sama lah dengan air tangan mak kita kan. Mak kita kalau masak telur pun sedap! Semua tu sebab kasih sayang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Suriani Mohd kerana sudi berkongsi resepi petai belado ikan bilis yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!