Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pais Tempoyak Paling Senang Dan Sedap! Masakan Kampung Yang Wajib Semua Cuba!

0 4,254

Kalau siapa yang tinggal di kampung, pasti pernah rasa dan makan pais ikan. Banyak dijual di jual di kedai-kedai pasar tani, pasar pagi dan pasar malam. Uniknya, memang saya belum pernah jumpa di kedai area bandar. Di kampung memang banyak!

Pais ikan ni boleh dibuat dengan pelbagai jenis ikan sebenarnya. Dan nak makan pais ikan ni, dengan nasi putih je pun dah sedap. Makan panas-panas memang layan!

Disebabkan tekak teringin nak makan pais ikan tapi tak boleh nak balik kampung, kita cuba lah cari resepi yang orang kongsikan nak buat pais ikan yang sedap. Alhamdulillah!

Mujur jumpa juga resepi dari Tuan Ben Safwan kita ni, daripada gambar yang dikongsikan nampak menarik dan berselera betul dibuatnya! Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara membuat pais ikan ni.

 

RESEPI IKAN PATIN PAIS TEMPOYAK

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ekor ikan/ 500 gram – dipotong dua dan dikelar
  • 4-6 sudu makan tempoyak asli
  • 1 keping asam keping (tempoyak saya dari durian segar – manis. Kena letak asam)
  • 1/3 inci kunyit hidup
  • 10-15 cili Thai
  • 2 tangkai pucuk daun kesum
  • 1/3 helai daun pepijat (boleh ganti dengan daun kunyit)
  • ½ batang bunga kantan (pilihan)
  • 1 sudu teh garam

CARA PENYEDIAAN IKAN PATIN PAIS TEMPOYAK :

▶ Mula-mula sekali, basuh ikan patin, potong dua dan kelar badannya.

▶ Seterusnya, Tumbuk asam keping sehingga sedikit hancur atau lenyek.

▶ Masukkan cili padi dan tumbuk lagi. Tumbuk sedikit hancur.

▶ Keluarkan ke dalam bekas dan gaul sebati dengan tempoyak dan garam.

▶ Hiris nipis daun pepijat, daun kesum dan juga bunga kantan. Masukkan ke dalam adunan tempoyak tadi.

▶ Sediakan alumunium foil, lapik daun pisang. Kemudian letakkan ikan ke atas daun pisang tersebut. Sapu rata bahan adunan ke atas ikan kita.

▶ Tutup aluminium foil dan kemaskan lipatkan. Cucuk bahagian atas aluminium foil tu menggunakan garfu.

▶ Biarkan perap selama lebih kurang 2 jam untuk biarkan bahan meresap ke dalam ikan.

BACA JUGA: Cara Masak Ayam Masak Kicap Pedas Versi India. Resepi Ringkas Tapi Serious Padu Makan Dengan Nasi Putih Jer!

▶ Setelah 2 jam, boleh bakar dengan menggunakan sedikit minyak atau boleh juga masukkan dalam oven untuk lebih cepat.

▶ Jika tiada, kukus sahaja dengan periuk kukus. Untuk lebih mudah, boleh gunakan kuali leper atau pemanggang ajaib. Letakkan sedikit minyak, dan balikkan ikan setiap 5 minit untuk ikan masak sekata.

▶ Masak dengan api yang sederhana supaya ikan yang dibakar tu dapat masak dengan sempurna.

TIP :

▶ Sebolehnya, jangan gunakan blender tapi gunakan lesung batu untuk tumbuk asam keping dan cili padu. Sebab kita nak rasa yang pekat dan bau yang penuh aroma.

▶ Guna lesung batu rasanya lebih pekat dan padu berbanding gunakan mesin pengisar!

Dah siap resepi pais tempoyak kita ni. Bukan susah nak buat pais ni. Senang nak buat, sedap dimakan! Jika kita suka tempoyak, boleh extrakan. Jika suka terlebih pedas boleh juga lebihkan cili padi. Mudah nak adjust ikut citarasa kita.

Sekali dah rasa, memang korang akan suka! Untuk yang baru nak belajar masak dan pasangan suka makanan kampung, boleh cuba buat ikan pais ni. Gunakan ikan apa yang ada pun boleh tak ada masalah!

Saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open