Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Dagang Ganung Cara Malas. Simple Tapi Cukup Menyelerakan!
Resepi nasi dagang ganung atau Terengganu ini merupakan hidangan yang sangat popular di bahagian pantai timur Malaysia. Nasi dagang biasanya dihidang bersama lauk ikan aye ataupun ikan tongkol.
Nasi dagang bukan sahaja terkenal di terengganu tetapi ianya merupakan hidangan tempatan yang juga popular di Kelantan, Pahang dan juga Johor. Setiap negeri mempunyai resepi nasi dagang yang tersendiri untuk menyedapkannya.
Sesetengah orang menganggap cara penyediaan nasi dagang ini agak renyah sebab nasi perlu dikukus beberapa kali. Disebabkan itu mereka lebih suka membeli sahaja nasi dagang di luar berbanding memasaknya sendiri dirumah.
Kepada penggemar nasi dagang ganung, usah risau lagi. Cara penyediaan nasi dagang ini boleh di olah. Dengan itu jom kita ikuti resepi nasi dagang ganung cara malas yang dikongsikan oleh Cik Puan Diana Azhar melalui laman sosialnya.
Seperti yang kita ketahui, nasi dagang akan di jual waktu pagi untuk dijadikan menu sarapan pagi. Rasa gulai ikan tongkol juga lebih sedap berbanding kari ikan tongkol. Lebih-lebih lagi dimakan bersama nasi dagang yang cukup berlemak.
RESEPI NASI DAGANG GANUNG
Yang ada penyakit malas, anda mesti cuba resepi ini. Penyediaannya tidak serenyah resepi asli nasi dagang ganung. Tanpa melengahkan masa lagi mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk nasi :
- Beras wangi
- Santan
- Halia (dihiris)
- Bawang merah (dihiris)
- Bawang Putih (dihiris)
- Halba
Bahan untuk gulai :
- Ikan tongkol (direbus)
- Santan
- Bawang merah (dikisar)
- Bawang putih (dikisar)
- Halia (dikisar)
- Lengkuas (dikisar)
- Asam keping
- Rempah nasi dagang
Bahan untuk acar :
- Timun (dipotong kecil)
- Lobak merah (dipotong kecil)
- Cili merah
- Cuka
CARA PENYEDIAAN NASI DAGANG GANUNG :
Cara penyediaan nasi :
▶️ Bersihkan 1 paket beras wangi (200g) macam biasa, masukkan secawan santan seimbangkan kuantiti dengan tambah air sedikit.
▶️ Masukkan bahan yang dimayang (bawang merah, bawang putih, halia) dan halba.
▶️ Perasakan bersama gula dan garam.
Cara penyediaan gulai ikan tongkol :
▶️ Ikan tongkol perlu direbus terlebih dahulu menggunakan sedikit garam, asam keping dan juga cuka. Tujuannya adalah untuk memejalkan isi ikan supaya tidak pecah.
▶️ Siap merebus ikan, tumis bahan yang dikisar (bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas).
▶️ Setelah bahan tumisan pecah minyak masukkan 2 sudu cili boh dan rempah nasi dagang.
▶️ Pastikan tumis sehingga pecah minyak. Seimbangkan juga dengan tambah air ketika menumis.
▶️ Masukkan santan satu cawan setengah, biarkan gulai mendidih sehingga keluar minyak.
▶️ Masukkan ikan yang direbus, nisan, gula, asam keping dan sedikit garam (garam tidak perlu banyak sebab ikan rebus dah masin)
▶️ Biarkan mendidih lebih kurang 10 minit dan boleh matikan api.
Cara penyediaan acar :
▶️ Gaulkan timun, lobak dan cili merah yang dipotong bersama sedikit cuka, gula, garam dan air.
BACA JUGA: Resepi Oreo Cheese Cake Kukus Yang Lembut Dan Creamy. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!
Tadaa! mudah sangat kan. Ingat nasi dagang ni kalau nak sedap lagi wajib makan bersama acar dan mesti menggunakan 2 jenis ikan sahaja. Tetapi ikan tongkol lagi sedap rasanya.
Lepas ni, en suami request nasi dagang ganung dah tak boleh kata malas lagi ye. Resepi nasi dagang ganung cara malas dah ada. Sangat mudah penyediaannya. Ianya pasti menyelerakan anda.
Semoga resepi nasi dagang ganung ini bermanfaat buat anda semua. Semoga ianya juga dapat membantu anda yang mahu mencuba nasi dagang homemade. Selamat mencuba!