Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Masak Lemak Cili Api Sembilang Salai. Masak Sendiri Lagi Puas Hati!

0 148

Memandangkan aku duk Negeri Sembilan, aku kena la tahu serba sedikit masakan yang famous kat sini. Especially masak lemak cili api. Jom try resepi masak lemak cili api sembilang salai ni. Masak sendiri lagi puas hati. 

Yang suka mancing mesti pernah dapat ikan sembilang kan. Abah aku memang suka mancing, jatuh pulak perangai tu kat adik-adik lelaki aku. Sampai habis berpuluh ribu nak beli set mancing. Pening aku! 

Ikan sembilang ni sedap di masak lemak cili api salai. Tapi nak siang ikan sembilang ni kena yang pandai buat. Agak berbahaya sebab ada bisa ataupun racun. Sama je macam ikan keli. Tapi isi ikan ni lembut dan sedap ye.

Resepi masak lemak cili api sembilang salai ni telah dikongsikan oleh seorang penggunaan Facebook iaitu Cik Puan Julia ALeen Aireish. Pasti sedap! Tengok kat gambar pun dah teliur aku dibuatnya. Confirm terangkat makan dengan nasi putih panas-panas. 

Masak lemak orang Negeri Sembilan ni memang kena pedas. Tak pedas tak syok nak makan nanti. Nak letak segenggam cili api pun boleh. Paling best masak lemak cili api ni tak guna bawang ye. Memang rare!

 

MASAK LEMAK CILI API SEMBILANG SALAI

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan masak lemak cili api sembilang salai ni. Step memasak seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 4 ekor ikan sembilang salai
  • 4 ketul kunyit hidup
  • 1 helai daun kunyit – dihiris
  • 2 batang serai – diketuk
  • 5-7 biji cili api/cili padi (terpulang nak pedas ye)
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 kotak santan kecil
  • Garam halus secukup rasa
  • Gula jika perlu untuk sesuaikan rasa
  • Sedikit ajinomoto jika suka

CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK CILI API SEMBILANG SALAI : 

▶️ Kisar cili api, kunyit hidup bersama dengan secawan air hingga hancur dan halus.

▶️ Tuang ke dalam periuk/kuali, pasang api. Letak serai dan asam gelugor kacau.

▶️ Letak sebahagian daun kunyit dan tuang santan. Masak hingga santan mendidih perasakan dengan garam secukup rasa.

▶️ Masukkan ikan sembilang salai masak lebih kurang 5 minit dan akhir sekali letak daun kunyit yang berbaki tadi.

▶️ Siap tutup api dan sedia dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Mini Cup Red Velvet Cheese Leleh. Gebu Dan Sedap Weh, Patutlah Viral!

 

Dah siap pun masak lemak cili api sembilang salai kita. Senang kan? Tak payah susah2 nak tunjuk bawang bagai. Siapa kata masak tanpa bawang tak sedap kan. Tak sedar habis sepinggan kuah masak lemak salai ni. 

Lepas ni pesan kat adik beradik yang suka mancing tu, kalau dapat ikan sembilang bawak balik nak masak lemak orang Negeri Sembilan pulak. Makan ikan ni fresh-fresh baru tangkap lagi sedap ye. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Julia ALeen Aireish kerana sudi berkongsi resepi masak lemak cili api sembilang salai ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selmat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open