Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Light Sauce King Drumstick. Isi Ayam Jadi Lembut Dan Juicy Je!

Ayam kicap
0 215

Sesetengah daripada kita suka makan masakan Cina. Masakan Cina memang sedikit berebza dengan masakan Melayu dan juga India. Salah satu masakan cina yang saya nak kongsikan pada hari ini ialah Light Sauce King Drumnstick.

Bila lihat pada tajuk, sudah tentulah masakan ini menggunakan drumstick atau Bahasa melayunya adalah bahgaian paha ayam.

Menurut pemilik perkongsian resepi ini iaitu pemilik facebook Grace Chang ini, sememangnya ramai yang minta ajarkan pelbagai masakan cina untuk dipraktikkan dan sebagai perkongsian.

Uniknya resepi light sauce king drumstick ini, menggunakan 1 labu bawang putih yang tidak dileraikan pun. Kita sememangnya tahu bahawa bawang putih mempunyai khasiat yang tinggi dan banyak kebaikannya.

Tapi jangan risau, bau bawang putih tidaklah menganggu masakan kita yang sedap ini. Jika yang suka pedas, boleh gunakan cili flake ataupun cili padi.

 

RESEPI LIGHT SAUCE KING DRUMSTICK :

Walaupun namanya menggunakan bahagian drumstick, kitab oleh je gunakan bahagian lain yang mana ada. Jika ada drumstick adalah lebih sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kicap cair / Kicap Soya
  • Gula Batu / Gula Biasa
  • Kicap Pekat
  • Bawang Putih
  • Paha Ayam

CARA PENYEDIAAN LIGHT SAUCE KING DRUMSTICK :

▶ Mula-mula sekali, satukan semua bahan dalam periuk kecuali paha ayam.

▶ Bawang putih tak perlu kopek. Biarkan selabu dan hanya basuh sahaja.

▶ Didihkan bahan tadi dengan api yang sederhana sehingga gula larut semuanya.

▶ Rasa kuah sos. Kalau tidak cukup masin, tambahkan kicap soya. Jika terlebih masin, masukkan gula.

▶ Rasa dah ngam boleh boleh masukkan paha ayam. Didihkan selama 10 -15 minit. Masak sehingga ayam lembut dan masak sepenuhnya.

▶ Terbalik-terbalikkan juga ayam supaya kedua-dua bahagian berwarna sekata.

▶ Ayam dah empuk, boleh padamkan api. Biarkan ayam terendam dalam kuah sos tersebut. Bila dah hampir masa nak makan, pasang api dan didihkan 5 minit dengan api yang besar.

▶ Siap dan sedia untuk dimakan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Kapal Terbang. Resepi Mudah Dan Rangup!

 

Untuk masakan ni, kita makan ayamnya sahaja tau. Jadi, keluarkan ayam tu dan hidangkan dalam pinggan. Kenapa perlu untuk biarkan ayam terendam je dalam periuk, supaya nanti sosnya meresap ke dalam ayam.

Sos yang lebih tu jangan dibuang. Simpan dalam peti dan boleh digunakan untuk buat goreng sayur, sebab ianya adalah stok ayam. Nak guna untuk masakan apa-apa pun boleh.

Mungkin ada yang tidak pernah makan ayam light sauce king drumstick ni. Nanti boleh cuba buat dulu dan hidangkan pada anak-anak. Tak pedas anak-anak mesti suka!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open