Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kerabu Jantung Pisang Yang Mewah Dan Sedap. Lemak-Lemak Yang Mampu Membuka Selera Anda!
Resepi kerabu jantung pisang ini berasal dari kelantan. Ianya memang sedap dimakan bersama nasi putih, tetapi ada juga yang menjadikan kerabu jantung pisang ini sebagai salad ataupun ulam dan dimakan ratah begitu saja. Ianya tetap membuka selera.
Jantung pisang merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang bila matang. Ianya boleh didapati dipasar-pasar. Kebiasaannya, orang Melayu akan membeli jantung pisang ini dan menjadikannya ulam.
Sesetengah kerabu jantung pisang akan dicampur dengan isi ikan dan juga kerisik. Dan setiap resepi yang diperkenalkan mempunyai keenakannya yang tersendiri. Jantung pisang juga biasanya dimasak lemak dan dicampurkan dengan ikan masin.
Perkogsian kerabu jantung pisang ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Solehah Johari melalui laman facebooknya. Bahan yang digunakan dalam hidangan ini semuanya tidak perlu dimasak keculi jantung pisang dan udang hidup.
Jantung pisang perlu direbus sehingga lembut sebelum dihiris kecil. Begitu juga bila dijadikan ulam, ianya perlu di celur dahulu sebelum dimakan berama sambal belacan.
RESEPI KERABU JANTUNG PASANG
Kepada penggemar kerabu, tak kira apa jenis kerabu. Anda boleh follow cara penyediaan kerabu jantung pisang ini. Memang sedap!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A (dihiris) :
- 2 @ 3 biji jantung pisang ( kena rebus bagi lembut tau)
- 1 ikat pucuk putat (sederhana ikat)
- 3 ulas bawang besar
- 8 tangkal cili kering
Bahan B (dikisar) :
- 1 cawan kelapa parut
- 10 tangkal cili padi
- 2 inci lengkuas
- 3 batang serai
Bahan C :
- 3 sudu kerisik
- 2 biji limau nipis (perah dan ambil air limau)
- 1/2 cawan santan pekat
- 1 genggam udang kering @ udang hidup (udang hidup kena rebus dahulu)
- Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN KERABU JANTUNG PISANG :
▶️ Hiris kecil dan nipis kesemua bahan A. Siap dan ketepikan.
▶️ Kemudian, kisar semua bahan B. Siap dan ketepikan.
▶️ Bila bahan A dan B siap. Campurkan kesemua bahan A,B dan C dalam satu bekas. Gaul sekali sehingga rata. Siap!
BACA JUGA: Resepi Pau Inti Kelapa Yang Gebu Dan Sedap. Nak Kukus Boleh, Nak Bakar Pun Boleh!
Siap untuk dihidang! Mudahkan. Ada tips yang kita perlu ikut, untuk elakkan kerabu basi dan masam, anda perlu letak kerabu dalam peti dahulu sebelum dihidang. Barulah kerabu tahan lama.
Buat banyak-banyak masih boleh simpan dalam peti. Nak rata macam salad pun boleh. Nak lagi pedas boleh tambah berapa banyak cili yang anda suka. Sesetengah orang pedas sikit memang tak suka.
Lepas ni jumpa jantung pisang belakang rumah atau kat pasar cepat-cepat ambil, kalau kat pasar kena beli jangan ambil pula. Anda boleh follow resepi kerabu jantung pisang yang mewah ini. Semoga bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!