Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Mudah Dan Sedap. Lagi Panaskan Lagi Sedap!

0 141

Yang suka makan kari ayam boleh try resepi ni. Tak payah masak guna santan ye. Ala-ala kari mamak gitu. Jom follow resepi kari ayam tanpa santan yang mudah dan sedap ni kat sini. Kuah memang pekat!

Beza orang Melayu masak kari dengan mamak. Melayu ni tak boleh pisah dengan santan. Yang berlemak tu la yang sedap. Tapi masak kari tak guna santan pun sedap ye. Mesti ada yang tak pernah cuba kan.

Kari yang dimasak dengan santan ni kena masak dengan elok. Kalau santan tak masak elok, masak kari cepat basi dan tak tahan lama. Masak kari ni bila dipanaskan lagi sedap ye. Tak nak cepat rosak, try la resepi ni.

Resepi kari ayam tanpa santan ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hajar Mohd. Ramai tau yang share resepi ni. Mesti semuanya penggemar kari ayam kedai mamak kan.

Masak kari ni memamg banyak guna bahan. Kena asingkan bahan kepada beberapa bahagian sebelum nak masak. Masak semua bahan satu persatu ikut resepi yang dah disediakan. Jangan derhaka resepi ye.

 

RESEPI KARI AYAM TANPA SANTAN 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan kari ayam tanpa santan ni kan. Tak sabar nak buat nanti. Bahan memasak seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Tiga tangkai daun kari
  • Sebiji bawang besar
  • Sejemput cili kering (dipotong pendek-pendek)
  • Herba empat sekawin
  • Jintan manis sesudu
  • Serai sebatang

Bahan-bahan kisar : 
  • Halia sebesar ibu jari
  • Bawang putih lima ulas
  • Serai sebatang
  • Bawang besar satu labu
  • Tomato satu biji (dipotong 4)

Bahan rempah : 
  • Rempah kari ayam dua sudu makan
  • Rempah kari ikan satu sudu makan
  • Serbuk kunyit satu sudu makan
  • Serbuk cili dua sudu makan

*Masukkan air dan kacau jadi seperti pes.

CARA PENYEDIAAN KARI AYAM TANPA SANTAN : 

▶️ Panaskan minyak. Tumis daun kari, serai, bawang besar, jintan manis dan cili kering.

▶️ Bila dah garing bahan tumis tadi. Masukkan bahan kisar macam dalam gambar.

▶️ Bila dah masak bahan kisar sampai terbit minyak, masukkan pes kari tadi. Sisa kari kat pinggan boleh letak air dan masuk dalam kuali.

▶️ Bila kari dah masak dan terbit minyak, masukkan ayam.

▶️ Nak bagi cepat masak isi ayam. Petua dia kena lah tutup periuk ye. Ni teknik kawalan haba jer kalau takde penutup pun takpe.

▶️ Sekali sekala kena tengok supaya tak hangit ayam kita. Nampak dah nak kering bolehlah tambah air. Biarkan masak sempurna dan perasakan dengan garam dan perasa yang korang suka.

▶️ Seterusnya, masukkan tomato yang dah di potong 4 tadi.

▶️ Sekali sekala kena tengok supaya tak hangit ayam kita. Nampak dah nak kering tu bolehlah tambah air. Biarkan masak sempurna ya. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Filipino Fruit Cocktail Guna 3 Bahan. Senang Giler Nak Buat Dan Gerenti Sedap!

 

Masak jangan biar kari hangit ye. Nanti spoil pulak mood nak makan nanti. Nak kari ni rasa masam sikit, boleh letak asam keping atau asam jawa. Yang guna perapan lemon pun ada. Orang kata kari ni jadi extra sedap!

Actually, korang nak letak sayur dalam kari ni pun boleh. Contoh terung atau bendi. Kari ayam ni kalau makan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya. Nak makan dengan roti paratha pun boleh.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hajar Mohd kerana sudi berkongsi resepi kari ayam tanpa santan yang mudah dan sedap ini di Facebook. Mudah dan semestinya sedap. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open