Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi kari Ayam ala Jepun Homemade. Wajib Cuba Baru Tahu Keenakannya!

0 7,066

Pernah tak anda mencuba resepi kari ayam ala jepun? Kalau kat malaysia, nak dapat kari ayam ala jepun ni, boleh la makan dekat Secret Recipe atau Sushi King. Kat situ ada menu kari ayam ala jepun ni.

Tekak kita ni kadang muak juga nak makan kari mamak kan? Sekali sekali tukar cita rasa dan cuba kari negara luar apa salahnya. Susah nk jumpa kari jepun ready stock yang halal, biasa yg jual di Daiso adalah Non Halal.

Kari jepun adalah hidangan yang sangat popular di Jepun. Ia boleh diperolehi di pelbagai restoran, dan kebanyakan isi rumah di jepun akan memasaknya. Kari ayam ala jepun ini biasanya dihidangkan dengan nasi putih.

Kali ini kita kupas resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Menurut beliau rasa kari ayam ala jepun ini seperti kari pekat yang tidak ditumis dengan rempah 4 sekawan, cili, air asam dan santan.

Tekstur resepi ini agak berkrim, sedikit pedas dan berasa manis dihujung lidah. Resepi ini sedap dimakan bersama nasi yang lembik. Selain itu, kari ayam ala jepun ini juga sedap di makan bersama ayam crispy. Menarik!

 

RESEPI KARI AYAM ALA JEPUN

Resepi kari ayam ala jepun ini memerlukan roux kari. Roux kari adalah campuran tepung, lemak dan minyak, campuran rempah-rempah, bumbu, dan lain-lain yang dipanaskan secara menyeluruh, kemudian didinginkan hingga padat. jom

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 paket kari daging
  • 1 paket kari daging pedas(Jenama Babas)
  • 1 kiub pati ayam/lembu
  • 1 setengah cawan kecil jus epal
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos BBQ
  • 1 biji bawang holland, hiris
  • 1 biji ubi kentang, potong dadu
  • biji lobak merah, potong dadu
  • 2 ketul isi ayam, potong dadu
  • Air, minyak masak, dan garam

CARA PENYEDIAAN KARI AYAM ALA JEPUN :
Langkah 1 – Cara buat Roux kari iaitu asas pembuatan sos/kuah krim

▶️ Panaskan minyak dan masak bawang holland hingga warna keperangan.

▶️ Kemudian masukkan bahan satu persatu:

  •  Marjerin dibiarkan cair.
  •  Tepung gandum kacau sebati.
  • Setengah cawan air dan kacau hingga kuah jadi berkrim.
  • Kiub pati ayam dan serbuk kari
  • Sos tomato dan sos bbq.

▶️ Kacau kuah sehingga masak.

▶️ Akhir sekali kisar kuah di dalam blender sehingga bawang hancur.

▶️ Jadilah roux kari (boleh simpan di dalam peti selama 2 minggu).

Langkah 2 – Cara masak kari ayam ala Jepun

▶️ Panaskan minyak dan masukkan ayam, kentang, lobak dan gaul hingga separuh masak.

▶️ Masukkan sedikit air disusuli dengan roux kari, biarkan kuah kari pekat berkrim.

▶️ Tuang sedikit sahaja jus epal untuk rasa manis (ini memang resepi Jepun buat kari diorang).

▶️ Biarkan kuah kari mendidih dan pastikan kentang betul-betul empuk sebelum dihidangkan.

Langkah 3 – Cara hidang kari ayam ala Jepun.

▶️ Sediakan separuh nasi lembik di atas pinggan.

▶️ Tuangkan kuah kari Jepun di sebelah nasi.

▶️ Sedia dimakan!

 

BACA JUGA: Resepi Kek Viral 2 Bahan Yang Simple. Sedap Dan Moist. Rugi Tak Cuba!

 

Siap! Nampak sedap dan menyelerakan. Kepada penggemar kari, anda boleh cuba kari ayam ala jepun ini. Manalah tahu sesuai dengan tekak. Bolehlah sekali sekala tukar selera anda.

Lepas tahu resepi kari ayam ala jepun ni, terasa tekak nak mencuba pula. Pada penggemar makanan jepun mesti suka bila dapat resepi ni kan. At least, boleh masak sendiri di rumah berbanding beli. Homemade lebih puas hati.

Resepi kari ayam ala jepun dah ada. Bolehlah cuba dijadikan menu berbuka puasa esok bersama keluarga. Selamat berpuasa dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open