Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Yang Paling Sedap. Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 283

Korang masak lauk apa malam ni? Meh kita masak lauk orang negeri sembilan. Resepi ikan tenggiri masak lemak cili api tambah sayur pegaga & ikan masin goreng. Follow je resepi dia kat sini. Confirm menjadi!

Masak lemak cili api ni tak lah susah mana. Senang je. Menu ni boleh juga disajikan dalam menu berpantang, cuma cili api tu korang kena gantikan dengan lada hitam. Orang pantang tak boleh makan cili ye. 

Ikan tenggiri ni tak silap aku ada 2 jenis. Tenggiri bunga dan tenggiri batang. Kalau nak isi lembut, elok korang beli ikan tenggiri bunga. Lagi lembut isinya banding dengan ikan tenggiri batang. Syok je masa makan nanti. 

Resepi ikan tenggiri masak lemak cili api ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan SuiSan Aliezsha. Sangat mudah dan cepat di masak. Masak cili api negeri sembilan ni tak guna bawang ye. 

Dulu terkejut jugak tengok kawan masak ayam lemak cili api. Tak sedia bawang langsung. Rupanya masak lemak cili api tanpa bawang pun sedap ye. Sampai bertambah nasi aku dibuatnya. 

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ikan tenggiri masak lemak cili api ni. Step memasak seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 600g Ikan tenggiri bunga
  • Cili api (ditumbuk)
  • Kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1 biji kelapa parut bersaiz besar
  • Asam keping
  • Pegaga

CARA PENYEDIAAN IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API :

▶️ Ikan tenggiri anggaran sekor dalam 600g.

▶️ Tumbuk cili api dan kunyit hidup.

▶️ Kemudian, ambil 1 biji kelapa parut bersaiz besar. Perah dan ambil pati. Pastikan guna kelapa tua ye.

▶️ Ambil asam keping & pegaga.

▶️ Sediakan kuali, masukkan ikan, cili yang ditumbuk & santan.

▶️ Masak guna api sederhana sehingga mendidih. Masukkan pulak asam keping. Pastikan garam secukup rasa.

▶️ Kuah dah masak & pekat masukkan pegaga.

▶️ Kacau dalam beberapa minit. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Popia Bergedil Ayam Yang Mudah Dibuat. Makan Dengan Sambal Lagi Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Daun pegaga ni banyak manfaatnya. Lagi-lagi untuk demam dan panas dalam. Boleh rendam je daun ni dalam air putih dan minum. Ni cara mak aku selalu buat untuk kami 8 beradik bila kena demam panas.

Sebut je masakan orang negeri sembilan. Mesti terkenal dengan rasa pedasnya. Tapi tahap pedas lauk ni boleh je control ikut citarasa masing-masing. Nak pedas lagi, korang banyakkan je penggunaan cili api tu. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan SuiSan Aliezsha kerana sudi berkongsi resepi ikan tenggiri masak lemak cili api ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open