Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Tambah Rebung. Confirm Terangkat Dibuatnya!

0 53

First time makan rebung semalam. Tapi rebung celur je la. Lepas tu makan dengan sambal belacan. Pergh! Memang terbaik. Hari ni terasa pulak nak belajar resepi ikan tenggiri masak lemak cili api tambah rebung. Dah ada lauk ikan dan sayur sekali.

Aku tak pernah sekali pun makan rebung sebelum ni. Semalam tu cuba-cuba je. Not bad rasa dia! Sebab dulu aku ingat rebung ni pahit. Rupanya biasa je dan rasa berlemak. Patutlah rebung ni popular di masak lemak kan. Masak lemak cili api orang Negeri Sembilan lagi padu rasanya!

Memandangkan sekarang aku dah berpindah ke Negeri Sembilan. So, aku terus cari resepi rebung masak lemak orang nogori. Campur pulak dengan ikan tenggeri lagi syok nak makan. Dah siap 2 lauk dalam 1 hidangan. Jimat masa & tenaga nak memasak.

Ha, ni dia resepi ikan tenggiri masak lemak cili api tambah rebung. Resepi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan SuiSan Aliezsha. Nampak menarik ye resepi ni. Cara penyediaannya pun tak renyah.

Kat tempat aku memang tak pernah makan rebung. Tapi sebab ada beli 2 hari lepas kat Cameron Highlands. Tu yang nak cuba juga. Kat tempat aku masak lemak ni biasa di layankan dengan ikan masin ye. Kat sini kita follow resepi sini dulu.

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API TAMBAH REBUNG

Next time ada kelapangan lagi, aku try cari resepi masak lemak guna ikan masin. Boleh la korang cuba kat rumah nanti. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan dan cara penyediaan ikan tenggiri masak lemak cili api tambah rebung ni. Resepi seperti di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Ikan tenggiri
  • Cili api
  • Kunyit hidup (ditumbuk)
  • Rebung
  • 1 biji setengah kelapa parut
  • Asam keping

CARA PENYEDIAAN IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API TAMBAH REBUNG : 

▶️ Basuh bersih rebung. Cuci bersih-bersih dan ramas sikit rebung untuk buang baunya.

▶️ Kemudian, buang air rendaman dan toskan.

▶️ 1 biji setengah kelapa parut diperah dan ambil pati sahaja. Pastikan guna kelapa tua ye.

▶️ Sediakan kuali, masukkan ikan, cili, rebung & santan.

▶️ Didihkan. Masak seperti biasa dan sentiasa dikacau. Bila kuah dah hampir pekat masukkan asam keping.

▶️ Pastikan garam secukup rasa.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kek Pisang Homemade Yang Paling Senang Buat. Berapa Step Je Kek Pisang Dah Siap!

 

Fuh! Makan lauk ni dengan nași putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya! Memang tak cukup sepinggan la. Dah namanya masak lemak cili api Negeri Sembilan, mesti la rasa pedas kan. Tak pedas bukan resepi Negeri Sembilan la.

Banyak juga manfaat rebung ni. Lagi-lagi bila di makan jadi ulam. Rebung ni boleh menambah darah dalah badan, boleh mencuci usus, mengawal paras gula, membantu menurun paras kolestrol dan macam-macam lagi.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan SuiSan Aliezsha kerana sudi berkongsi Resepi ikan tenggiri masak lemak cili api tambah rebung ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open