Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Rangup Diluar Dan Lembut Di Dalam. Rasa Macam Makan Kat Kedai Thai!

0 977

Rindu nak makan ikan siakap tiga rasa kat kedai thai? Jangan bimbang anda boleh buat sendiri dirumah dan akan perolehi resepi ikan siakap tiga rasa yang sama macam dikedai thai. Yang paling penting lebih jimat dan anda lebih puas hati.

Musim Lockdown macam ni, pasti ramai yang dah buntu idea nak masak apa kat rumah. Nak makan luar pula tak boleh. Lebih baik anda beli bahan memasak ikan siakap tiga rasa dan menyediakannya sendiri dirumah.

Bila kita buat sendiri, mana-mana bahan yang kita tak suka ada dalam rasa masakan tu boleh cut terus dan tak perlu ada dalam hidangan kita. Terjamin bersih dan rasanya juga mungkin lebih sedap berbanding yang anda beli diluar.

Resepi ikan siakap tiga rasa ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Maryam Hussain. Penggemar ikan siakap tiga rasa pasti dah tak sabar nak tahu bagaimana cara penyediaannya kan.

Seperti yang kita tahu, resepi tiga rasa ini adalah masakan yang sangat popular di Malaysia. Hidangan ini cukup dengan rasa masam, manis dan pedas. Rasa ini juga semulajadi daripada bahan masakan yang digunakan.

 

RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA

Ikan siakap akan digoreng terlebih dahulu menggunakan tepung jagung sebelum disiramkan sos 3 rasa diatasnya. Ikan dan sos juga akan dimasak secara berasingan terlebih dahulu. Mari kita lihat cara memasaknya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 3 biji bawang putih (dipotong dadu)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 biji tomato
  • 1 1/4 nenas madu (dipotong dadu)
  • 1/2 lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang cili besar (dihiris)
  • 1 sudu tepung jagung
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Daun sup (dihiris)

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP TIGA RASA :
Cara penyediaan sos tiga rasa :

▶️ Tumis bawang holland, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.

▶️ Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, sos ikan dan sedikit air.

▶️ Masukkan daun limau purut. Diikuti lobak merah, nenas dan tomato hingga lembut.

▶️ Masukkan daun sup dan tambah air jika nak lebih berkuah. Perasakan dengan garam dan gula.

Cara memasak ikan yang ranggup :

▶️ Basuh ikan hingga bersih. Lumurkan dengan sedikit garam.

▶️ Lumurkan ikan bersama tepung jagung.

▶️ Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak menggunakan api sederhana.

▶️ Sedia untuk dihidang bersama kuah tiga rasa.

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Tart Cadbury Yang Sedap Dan Mencair Dimulut. Cuba Sekali, Pasti Nak Lagi!

 

Mudahkan cara memasaknya. Pasti anda semua mampu menghasilkan ikan siakap tiga rasa yang sedap macam kedai thai. Seperti yang kita tahu, ikan siakap sangat terkenal dengan hidangan tiga rasa seperti ini. Cukup menyelerakan!

Boleh dikatakan setiap kali orang ramai ke kedai thai, hidangan yang akan dipilih bersama keluarga ialah siakap tiga rasa. Harganya juga boleh tahan mahal. Lebih berbaloi masak sendiri dirumah. Sekali sekala nak makan di luar tak jadi masalah.

Esok pagi, ibu-ibu boleh beli bahan memasak dan hidang untuk makan malam. Pasti seronak seisi keluarga anda. Semoga resepi ikan siakap tiga rasa ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open