Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ikan Merah Goreng Berempah Yang Juicy Dan Berlemak. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Ikan merah antara lauk yang sedap sangat bila digoreng. Teksturnya pula juicy dan rasanya berlemak dibahagian tulang tepi. Dapat pula bahagian ekor, lembut je isinya. So, apa kata kita cuba resepi ikan merah goreng berempah pula hari ini.
Resepi ini sangat mudah dibuat. Hasilnya juga cukup menyelerakan. Sesuai dijadikan hidangan lauk makan tengahari dan makan malam. Boleh juga matchkan dengan lauk lain seperti sayur campur tumis dan sambal belecan.
Ikan merah biasanya dihidang bersup. Tapi sekali sekala nak tukar selera pada masak goreng berempah pun sedap. Semua bahan-bahan rempah hanya perlu disatukan dan diperap dengan ikan merah yang sudah dicuci bersih.
Ikan merah juga akan diperap sekurang-kurangnya 30 minit. Tapi, bila diperap lama, hasilnya lagi sedap. Ini kerana semua bahan-bahan rempah telah masuk meresap ke dalam ikan merah.
Aroma masakan ikan merah ini, Sangat sedap baunya! Kalau anda ingin mencubanya dirumah, apa kata follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah. Confirm puas hati dengan hasilnya!
RESEPI IKAN MERAH GORENG BEREMPAH
Lauk ini antara lauk simple yang anda boleh cuba bila-bila masa. Kalau dah bosan nak makan ikan goreng biasa yang disalut serbuk kunyit, apa kata kita cuba yang berempah pula. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 5-6 kepingan ikan merah besar
- 1 sudu besar Serbuk Kari
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil biji ketumbar (dihancur kasar)
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 Sudu kecil garam (rata)
- 1 sudu kecil serbuk Knorr
- 1 sudu kecil bawang putih
- Sedikit pewarna oren/ merah (jika mahu)
- 1 sudu kecil halia
- 2 batang daun kari
CARA PENYEDIAAN IKAN MERAH GORENG BEREMPAH :
▶️ Di dalam bekas, masukkan ikan dan masukkan semua bahan-bahan rempah. Gaul sebati dan perapkan paling kurang 30 minit.
▶️ Panaskan minyak dan masukkan ikan. Goreng sehingga masak dan garing.
▶️ Angkat dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Onion Ring Homemade. Lagi Jimat Buat Sendiri Dari Beli Kat Luar!
Bolehlah dihidang dengan nasi putih panas-panas. Jangan ingat ayam je boleh dimasak goreng berempah tau, ikan pun boleh! Sedap pula tu. Rugi sangatlah kalau tak cuba. Pastikan guna ikan yang fresh barulah sedap masa nak makan nanti.
Elakkan membeli ikan yang matanya dah agak merah. Sebab ikan yang matanya sudah merah ni, adalah ikan lama. So isinya juga agak tawar. Kalau masak ikan yang tak fresh ni, boleh hilang mood masa nak makan nanti tau.
Kalau nak makan ikan goreng lepas ni, rasanya dah boleh bertukar selera kepada resepi ikan merah goreng berempah. Confirm bertambah nasi dibuatnya! Semoga resepi simple ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!