Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Masak Kicap Berempah. Sedap Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas!

0 158

Hari-hari duk mikir nak masak lauk apa. Sampai dah buntuh idea dah. Nasib la hari ni banyak masa nak layan Facebook. Jumpa pulak resepi ikan masak kicap berempah ni. Lauk ni guna ikan bawal emas ye.

Biasanya lauk masak kicap ni tak guna banyak rempah. Tapi yang ni ada kelainan sedikit. Banyak jugak rempah yang digunakan dalam penyediaan ikan masak kicap berempah ni. Tapi nampak menyelakan.

Kena goreng ikan bagi garing dulu, sebelum di masak dengan kicap. Goreng ikan ni kena guna 3 jenis serbuk rempah. Serbuk cili, serbuk kunyit dan serbuk kari ikan. Korang yang suka cuba resepi baru, boleh la try masak lauk ni kat rumah nanti.

Resepi ikan masak kicap berempah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Pari Malar Thoraisingam. Resepi lengkap dan mudah nak faham. Follow step by step, confirm menjadi.

Masak kicap berempah ni boleh je ganti dengan ikan jenis lain. Nak ganti dengan ayam pun boleh. Pastikan ayam digoreng terlebih dahulu sebelum di masak kicap berempah. Confirm terangkat dibuatnya!

 

RESEPI IKAN MASAK KICAP BEREMPAH

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ikan masak kicap berempah ni. Step memasak seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Ikan bawal emas
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • Cili padi
  • Cili kering
  • Sedikit serbuk cili
  • Kunyit
  • Serbuk kari ikan
  • Garam
  • 2 sb kicap cair
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb cuka
  • 1 sb sos cili
  • 3 sb air
  • Sedikit serbuk jintan putih (disangai)

CARA PENYEDIAAN IKAN MASAK KICAP BEREMPAH : 

▶️ Potong halus bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Boleh guna cili padi atau cili kering kalau suka.

▶️ Sedikit serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk kari ikan dan garam. Goreng dengan sedikit minyak, jangan garing ye. Biar lembut baru sedap.

▶️ Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang, halia dan daun kari.

▶️ Bawang merah dah layu, masukkan pulak 2 sb kicap cair, 1 sb kicap pekat, 1 sb sos tiram, 1 sb cuka dan 1 sb sos cili.

▶️ Tambah 3 sb air dan gaul mesra. Bila kuah dah pekat, sedia untuk di tuang atas ikan. Tabur sedikit serbuk jintan putih yang di sangai untuk naik wangi.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kaya Pandan Ala-Ala Boat Noodle. Sedap Giler Makan Dengan Roti Kukus!

 

Wow! Makan lauk ni dengan nasi putih panas-panas maman sedap ye. Bertambah nasi la dibuatnya! Ikan ni goreng jangat bagi garing. Biar lembut sikit baru syok nak makan nanti.

Boleh masuk ikan dalam kuali bila kuah dah masak. Gaul kejap dan angkat. Nak curah atas ikan pun boleh. Dua-dua cara tak mengurangkan rasa enak ikan masak kicap berempah ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Pari Malar Thoraisingam kerana sudi berkongsi resepi ayam kicap berempah ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open