Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ikan Kerisik Bakar Sumbat Sambal Yang Super Sedap. Mudah Sangat Buatnya, Pasti Puas Hati!
Nak makan ikan bakar yang mudah dibuat dan sedap dimakan? Anda wajib ikuti resepi ikan kerisik bakar sumbat sambal ini. Cuma perlu tumbuk semua bahan yang diperlukan, sumbat dan lumur pada ikan. Kemudian, bakar ikan sehingga masak.
Ikan bakar ini akan dimasak menggunaka magic pan sahaja. Tapi, anda boleh juga membakarnya menggunakan arang ataupun oven. Ikan kerisik yang digunakan mestilah segar, barulah dapat menikmati rasa ikan bakar yang sebenar.
Ikan bakar ini boleh dimakan dengan cicahan cili kicap yang ada perahan limau. Tidak perlu menggunakan sambal lagi kerana bahan perapannnya telah menggunakan sambal belacan. Baunya pasti menaikkan lagi selera makan anda.
Nak ratah macam tu je pun sedap. Nak makan dengan nasi putih pun tak jadi masalah. Cara memasak ikan bakar juga ada pelbagai versi dari segi penggunaan bahan perapannya. Dan masing-masing mempunyai keenakannnya yang tersendiri.
Kepada mereka penggemar ikan bakar yang dimasak dengan sambal belacan, bolehlah follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ummi Hana ini. Terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook.
RESEPI IKAN KERISIK BAKAR SUMBAT SAMBAL
Setiap orang lain cara masaknya. Dan tanpa membuang masa lagi, mari kita ikuti resepi ikan kerisik bakar versi cik puan ummi kita ni. Pasti memukau anda semua. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kunyit hidup (ditumbuk)
- Garam secukupnya
- Bawang merah (ditumbuk)
- Bawang putih (ditumbuk)
- Belacan (ditumbuk)
- Nisan ataugula melaka (ditumbuk)
- Cili kisar
- Asam jawa sekali denganbiji
- 2 ulas atau lebih bawang merah (dihiris)
CARA PENYEDIAAN IKAN KERISIK BAKAR SUMBAT SAMBAL :
▶️ Tumbuk kunyit hidup dengan sedikit garam sehingga hancur.
▶️ Bila kunyit hancur, tumbuk bawang merah, bawang putih dan belacan sampai lumat.
▶️ Kemudian, masukkn nisan atau gula melaka. Tumbuk bagi hancur semua bahan.
▶️ Seterusnya, masukkan pula cili kisar dan asam jawa sekali dengan biji. Gaul sebati dan masukkan juga 2 ulas atau lebih bawang merah yang dihiris nipis. Gaul rata.
▶️ Sumbat rempah atau sambal yang kita dah buat tadi kedalam ikan. Bagi penuh dalam perut ikan selebihnya lumur dibahagian luar ikan.
▶️ Lepas dah lumur, rehatkan sekejap dan biarkan meresap kedalam isi ikan.
▶️ Kemudian, letak ikan atas aluminium foil dan letakkan juga sedikit minyak supaya tak melekat. Dan bakar sehingga masak menggunakan magic pan.
BACA JUGA: Cara Buat Kuih Angku Cina Halal Yang Mudah Dan Sedap. Lain Warna Lain Intinya, Anda Wajib Cuba!
Siap untuk dihidang! Ikan bakar ni makan panas-panas memang seronok. Anda wajib cuba resepi ini, manalah tahu sesuai dengan tekak. Boleh buat selalu. Cara penyediaannya juga terbukti mudah.
Bahan memasak yang digunakan juga cuma memerlukan bahan asas memasak yang mesti ada didapur anda. Ikan kerisik ni sedap isinya. Lembut je dan pasti ramai juga penggemarnya.
Lepas ni nak makan ikan bakar, tak perlu keluar membeli lagi. Macam-macam versi memasak ikan bakar ada diblog ini. Search dan pilih sahaja. Semoga resepi ikan kerisik bakar sumbat sambal ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!