Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Dory Fish Sweet Sour. Memang Sedap Sampai Licin Pinggan Dibuatnya!
Pernah tak makan ikan dory? Ikan dory ni biasanya di jual di supermarket dan di buang tulangnya siap-siap. Jom kita cuba resepi dory fish sweet sour ni kat rumah. Memang sedap ye.
Rasa masam manis lauk ni. Bukan takat ikan siakap je sedap di masak masam manis. Ikan dori pun boleh tahan sedapnya. Perlu dipotong kecik dan digoreng dengan tepung. Garing je ikan ni bila di makan.
Seperti biasa, masak lauk masam manis ni biasanya menggunakan beberapa jenis sayur. Antaranya lada benggala merah, lada benggala hijau dan lobak. Baru la meriah lauk sweet and sour kita. Seri hidangan automatik naik.
Resepi dory fish sweet sour ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Rahiza Abd Rahim Rahiza. Agak banyak menggunakan bahan, tapi sangat mudah cara penyediaannya.
Isi ikan dori ni sangat lembut. Perlu di goreng bersalut tepung dahulu sebelum di hidang dengan sos masam manis. Sesuai dihidang untuk makan malam dan tengahari. Hidangan ni ala-ala hidangan hotel ye.
RESEPI DORY FISH SWEET SOUR
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan dory fish sweet sour ni. Step memasak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan utama :
- Ikan dory (dipotong kecil ikut size yang kita suka)
Bahan-bahan lain :
- 4-5 ulas bawang putih (diketuk atau dicincang kasar)
- 1 biji bawang holland kuning (dipotong)
- 2-3 inci halia (diketuk atau dihiris)
- Capsicum merah & hijau (dipotong dadu besar)
- Tomato segar
- 4-5 sudu besar sos cili (sos cili kena lebih dari sos tomato)
- 2-3 sudu besar sos tomato
- Sos tiram – 1 sudu besar
- Minyak bijan
- Gula
- Garam
- Stok ayam or kiub ayam
- Tepung jagung
- Tepung gandum
- Lada sulah
- Telur
CARA PENYEDIAAN DORY FISH SWEET SOUR :
▶️ Basuh bersih ikan dengan perahan limau kasturi.
▶️ Bancuh tepung gandum dengan tepung jagung, telur, lada sulah & garam.
▶️ Celup ikan kedalam bancuhan. lepas tu goreng.
▶️ Dah siap goreng asingkan.
Cara penyediaan sos :
▶️ Tumis bawang putih, halia dengan gula. Gula tu uuntuk caramelizekan sos kita nanti. Bau aroma gula dengan bawang akan bangkit.
▶️ Lepas tu letak sos cili, sos tomato dengan sos tiram & minyak bijan.
▶️ Masukkan air sikit kalau pekat sangat. Perasakan dengan garam, lada sulah dan kuib ayam.
▶️ Letak bawang holland, tomato dan capsicum. Kacau dan last sekali letak ikan yang telah digoreng tadi.
▶️ Siap utk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Cucur Jagung Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Jagung Pun Manis!
Dah siap pun! Pastikan ikan dimasak berasingan dulu dengan sos, sebelum disatukan. Takde la hilang garing ikan tu. Lauk ni sedap di makan panas-panas dengan nasi putih. Confirm terangkat dibuatnya.
Sekali sekala makan ikan mahal takpe la kan. Kalau hari-hari kopak jugak la. Kepingan ikan dori ni kalau di goreng dan makan dengan sos cili memang sedap. Ala-ala makan filet o fish McD gitu.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rahiza Abd Rahim Rahiza kerana sudi berkongsi resepi dory fish sweet sour ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!