Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri Dan Acar Timun Bertumis Yang Mudah Dan Sedap. Nak Masak Raya Pun Boleh!
Bila pergi majlis kenduri kendara, pasti akan jumpa daging masak hitam kan. Sedap pulak tu. Makan dengan nasi putih je pun dah cukup! So, apa kata hari ini kita follow resepi daging masak hitam ala kenduri dan acar timun bertumis. Confirm terangkat dibuatnya!
Untuk resepi daging masak hitam kali ini. Kita akan hidangkan lengkap bersama acar timun bertumis tau. Baru lah terasa nikmat makan ala-ala kenduri nanti. Nak hidang untuk berbuka puasa pun boleh. Resepi ni juga sesuai dijadikan hidangan buat para tetamu di hari raya ye.
Sesetengah orang biasanya terasa takut nak masak daging. Risau daging jadi liat katanya. Sebenarnya banyak je tips nak buat daging lembut. Antaranya cara potong daging yang betul. Kena potong arah bertentang dengan urat daging.
Cara potong daging antara 1 tips yang basic korang kena tahu. Make sure kenal pasti urat daging dahulu baru lah potong secara berlawanan. Kalau dah cara potong daging betul, insyaAllah daging murah pun akan lembut jadinya.
Mesti ramai kat sini yang suka makan daging masak hitam bila pergi kendura kan? Kalau macam tu, boleh lah cuba resepi daging masak hitam yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah ni. Memang puas hati lah dengan resepinya. Siap boleh tambah nasi lagi Bila Makan nanti.
RESEPI DAGING MASAK HITAM ALA KENDURI
Fuh! Tengok gambar pun dah terliur. Nampak hidangan ni sedap sangat! Makan dengan nasi putih je pun dah cun. Ni kan pula di tambah dengan acar timun bertumis. Jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan untuk daging masak hitam :
- 1 kg daging kambing atau lembu
- 1/2 botol kecil kicap manis (cap kipas udang)
- Gula pasir (agak-agak)
- 1 Ketul gula melaka
- Garam (gak-agak)
- 1 sudu kecil air asam jawa
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 1 helai daun pandan (disimpul)
- 1 batang serai (dikatok)
- 2 batang daun kari
- 3 sudu besar kismis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 kuntum bunga cengkih
- 1 biji buah pelaga
- 1 batang kayu manis
- 3 sudu besar bawang goreng
- 1 ketul kiub ayam
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- Minyak secukupnya
Bahan kisar :
- 7-8 batang serai
- 10 tangkai cili kering (dibasuh dan direbus seketika halia – 4 @ 5 inci)
- 3 biji bawang besar
- 6 biji buah keras
- 1 labu bawang putih
P/s = bila nak menumis, pastikan minyaknya perlu banyak
Bahan-bahan acar timun bertumis :
- 1 biji timun (dipotong)
- 1 biji lobak merah (dipotong)
- 15 biji bawang kecil
- 15 biji bawang putih
- 2 cm halia (dihiris halus)
- 1 sudu besar biji sawi
- 3 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar rempah kari ikan
- 1 sudu besar gula melaka
- 1 sudu besar gula putih
- 2 sudu besar kismis
- 2 sudu besar cuka
- Garam (agak-agak)
- Serbuk perasa
- 1 batang daun kari
- 3 sudu besar minyak masak
CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK HITAM :
▶️ Mula-mula, panaskan minyak. Masukkan 4 sekawan, daun pandan, serai dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
▶️ Masukkan bahan yang telah dikisar dan serbuk kari daging masak sehingga pecah minyak. Guna api sederhana je supaya daging masak dengan sempurna.
▶️ Apabila sudah pecah minyak, masukkan kicap, gula melaka, kiub ayam dan daging kambing. Masak sehingga daging empuk. Jika nak rebus daging dahulu pun takpe. Baru masukkan ke dalam kuah hitam.
▶️ Masak sehingga sedikit kering dan empuk. Kemudian, masukkan kismis, perasakan dengan gula dan garam. Siap!
CARA PENYEDIAAN CAR TIMUN BERTUMIS :
▶️ Panaskan minyak masak. Kemudian, masukkan biji sawi dam daun kari.
▶️ Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
▶️ Masukkan serbuk kari dan masak seketika.
▶️ Masukkan halia, bawang kecil dan bawang putih. Masak sehingga lembut. Guna api perlahan.
▶️ Apabila sudah lembut, masukkan cuka, garam, gula melaka, gula putih, serbuk perasa dan kismis.
▶️ Akhir sekali, masukkan lobak merah dan timun. Masak sehingga lembut. Siap!
BACA JUGA : Resepi Coklat Nestum Bar Yang Simple Dan Sedap. Rasa Sebijik Macam Makan Kit Kat!
Dah siap! Mudah je kan. Nampak agak banyak jugak bahan memasak ni. Tapi, sebenarnya bahan tu semua bahan memasak basic yang ada kat dapur kita. Biasa lah kan nak masak kenduri ni, kalau nak sedap kena banyak letak rempah-rempah.
Untuk pengetahuan semua, Cik Puan Nurul Ateekah ni seorang yang sangat gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Dan rata-rata perkongsiannya menarik perhatian ramai. Lengkap dan mudah di fahami. Yang baru nak belajar masak pun mungkin rasa senang je bila nak follow resepi-resepi beliau.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi daging masak hitam ala kenduri dan acar timun bertumis ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!