Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Goreng Berempah. Letak Kacang Buncis Memang Sedap!

0 110

Wah! Nampak menarik resepi daging goreng berempah ni. Siap ada sayur kacang buncis kat dalamnya. Tak payah nak masak sayur asing lagi lepas ni. Daging goreng berempah ni di masak 2 kali ye. Jom follow resepinya kat sini.

Korang yang suka makan daging, boleh la try masak lauk ni kat rumah. Daging goreng berempah ni kalau makan dengan nasi putih panas-panas campur telur mata dan kicap memang sedap ye. Licin pinggan dibuatnya.

Sebelum nak masak daging, kita kena perap dulu dengan beberapa jenis bahan rempah. Ikutkan daging yang diperap lama, lebih sedap. Tapi kalau dah tak sabar nak makan, perap la kejap je. Still rempah tu terasa ye. Jangan risau.

Resepi daging goreng berempah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Suriani Mohd. Nampak mudah je nak masak lauk ni. Daging ni korang nak rebus bagi lembut dulu sebelum goreng pun boleh.

Bahan perapan daging ni menggunakan 3 jenis serbuk rempah. Yang pertama serbuk kunyit, kedua serbuk cili dan ketiga rempah ketumbar. Rasa daging sedikit pedas tapi anak-anak still boleh makan.

 

RESEPI DAGING GORENG BEREMPAH 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan daging goreng berempah ni. Potong kecik daging baru syok nak makan nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Daging 800g (di potong nipis)
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk cili
  • 2 sudu rempah ketumbar
  • Garam & secukup rasa

Bahan-bahan lain :
  • 1 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji cili besar
  • 5-6 biji cili api

CARA PENYEDIAAN DAGING GORENG BEREMPAH : 

▶️ Mula-mula perap sekejap daging dengan bahan rempah.

▶️ Seterusnya, goreng daging jangan sampai garing. Kalau masih keras, tambah air sampai lembut & kering.

▶️ Masukkan pulak bahan-bahan lain kecuali kacang buncis. Gaul rata.

▶️ Seterusnya, masukkan kacang buncis. Biarkan masak seketika dan angkat.

▶️ Dan siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Muffin Egg Super Sedap. Makan Seketul Memang Tak Cukup!

 

Mudah je rupanya! Dah tak perlu masak sayur asing lagi. Lauk daging goreng berempah ni dah di campur dengan sayur kacang buncis di dalamnya. Jimat masa dan tenaga. Tak payah masak 2 lauk lagi.

Mak-mak punya tugas kat rumah tak mudah ye. Nak kena mengemas, basuh baju, nak masak lagi. Nak masak tu pun kena mikir lauk apa nak masak hari ni. Macam tu la hari-hari seterusnya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Suriani Mohd kerana sudi berkongsi resepi daging goreng berempah ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open