Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Chicken Varuval Step By Step. Masakan India Selatan Yang Cukup Menyelerakan!

0 2,776

Resepi chicken varuval merupakan resepi ayam masak cili India Selatan. Cara penyediaan chicken varuval ini sangatlah mudah. Bahan memasak yang digunakan juga mudah diperolehi. Cuba dulu baru tahu sejauh mana keenakannya.

Ayam perlu diperap terlebih dahulu dengan yogurt dan serbuk cili. Selain yogout anda juga boleh menggunakan tairu atau curd. Perap selama 30 minit supaya bahan perapan masuk kedalam isi ayam.

Rahsia memasak ayam yang menggunakan bahan perapan seperti ini adalah wajib diperap lebih dari 30 minit. Dan seperti biasa, hidangan masyarakat India tidak akan lari dari penggunaan rempah ratus.

Resepi chicken varuval ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Sheena Supramaniam. Bila dilihat pada facebook beliau, pelbagai masakkan masyarakat India yang beliau telah kongsikan.

Varuval ertinya garing. Dengan itu chicken varuval adalah masakan ayam garing ala India. Walaupun memerlukan air dalam masakan. Tetapi ayam ini perlu dimasak sehingga kering dan tidak mempunyai kuah.

 

RESEPI CHICKEN VARUVAL 

Sudah pasti hidangan ini mampu menggugat selera anda. Kerana aroma rempah ratus yang digunakan pasti buat anda terasa lapar. Nak tahu bagaimana cara penyediaannya? Jom kita lihat bahan-bahan memasak dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Halia (dihiris memanjang)
  • Bawang putih (dihiris memanjang)
  • 5 biji Bawang kecil (dipotong 4)
  • 5 biji Cili keringbulat (jika guna cili kering biasa tu ambil dalam 2 potong)
  • Tomato sebiji size kecil (Potong dan buang bijinya)
  • 1 sb Jintan manis
  • 2 biji Buah pelaga
  • 1 kuntum Bunga lawang

 

Bahan perapan ayam :
  • Ayam 12 ketul size kecil
  • 2sb tairu/ curd/ yogurt
  • 3sb cili powder

*Perap ayam selama 30 minit dengan menggunakan tairu/ curd/ yogurt dan cili powder.

CARA PENYEDIAAN CHICKEN VARUVAL :

▶️ Panaskan minyak yang lebih sedikit. Tumis jintan manis, bunga lawang dan buah pelaga.

▶️ Kemudian, masukkan bawang putih, halia dan bawang kecil. Tumis sampai naik bau.

▶️ Masukkan pula daun kari dan cili kering. Tumis sampai agak garing.

▶️ Masukkan ayam yang dah diperap tadi dan sedikit air. Teruskan kacau seketika dan perasakan dengan garam. Gunakan api yang sederhana.

▶️ Masukkan tomato. Kacau seketika. Bila ayam dah hampir masak, tukar api ke maximum atau besar. Teruskan kacau non stop.

▶️ Kacau sampai kering sebab ayam varuval tak boleh berkuah. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Karas Atau Kuih Jala Guna Tempurung Lagend. Kuih Tradisional Yang Rangup Bila Dimakan, Memang Sedap!

 

Siap untuk dihidang. Tekstur ayam yang dimasak kering sedikit garing. Rasanya pula sedikit pedas-pedas rempah dan sedikit manis. Makan dengan nasi putih panas-panas pasti seronok kan.

Ada antara anda penggemar masakan ala India style? Wajib cuba resepi ni. Tak kira apa saja bangsa jika masakan yang dikongsikan menggunakan bahan-bahan yang halal dan tak terlarang, anda boleh mencubanya.

Pasti ada yang terliur dan terasa tekak nak makan hidangan simple ini kan. Semoga resepi chicken varuval ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open