Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Chicken Donuts Yang Rangup Dan Sedap. Buat Serbuk Roti Homemade Je Lagi Senang!
Nak buat chicken nugget homemade. Tapi kita buat versi atau bentuk donut pulak. Haa, ni dia resepi chicken donuts yang rangup dan sedap untuk anak-anak. Boleh jadi pengganti nugget yang kita biasa beli kat pasaraya tu tau! Serbuk roti pun buat sendiri.
Kalau tahu nak buat nugget ni semudah ini, dah lama aku tak beli nugget kat luar. Nugget ayam yang kita buat sendiri terjamin bersih. Dan sepenuhnya menggunakan isi ayam. Nugget kat luar tu, kita pun tak tahu ada campuran apa lagi.
Mudah je weh! Mommy yang ada anak-anak gemar makan fast food macam nugget, kena save siap-siap resepi ni. Nugget homemade ni sesedap nugget yang ada kat pasaraya jugak. Bentuk dia je lain. Jom try buat untuk anak-anak.
Resepi chicken donuts ni telah dikongsikan oleh neorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Dah ada resepi ni, boleh la jimat duit dari beli nugget kat luar. Nugget sekarang pun dah mahal ye. Elok buat sendiri kat rumah.
Makan nugget ni panas-panas dengan sos, memang sedap sangat. Bentuknya pun comel. Sebijik bentuk donut. Roti yang dah nak expired tapi korang dah tak lalu makan. Boleh kisar jadi serbuk roti. Korang nak goreng sosej guna serbuk tu pun boleh.
RESEPI CHICKEN DONUTS
Best resepi chicken donuts ni. Niat di hati nak belajar buat chicken donuts je. Tapi ada pulak pengetahuan lain aku dapat. Dah tahu cara buat serbuk roti. Tak yah bazir beli kat luar lagi.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 4 keping roti
- 250g dada ayam (dipotong-potong masuk dalam pengisar)
- Sedikit garam
- 1sdk serbuk lada (kalau boleh tumbuk lada biji masuk)
- 1bji telur
- 1sdk stock ayam
- 1sdk serbuk cili
- 1sdk cili flake (tak nak pedas tak perlu letak)
- 1sdk serbuk halia
CARA PENYEDIAAN CHICKEN DONUTS :
▶️ Masuk roti dalam pengisar dan kisar halus.
▶️ Kisar semua bahan, bersama serbuk roti dan dada ayam tadi.
▶️ Dah sebati dan halus semuanya.
▶️ Sapu sikit minyak kat tapak tangan. Bulat-bulatkan dan susun dalam talam.
▶️ Kena lapik plastik supaya senang nak angkat nanti. Tebuk lubang kat bahagian tengah. Buat bentuk donut.
▶️ Bila dah siap, salut dengan tepung jagung.
▶️ Celup dalam telur dan salut dalam serbuk roti.
▶️ Kemudian, goreng hingga keperangan.
▶️ Angkat dan sedia untuk dinikmati.
BACA JUGA : Resepi Acar Limau Yang Masam, Manis Dan Pedas Kat Mulut. Acar Boleh Tahan Berbulan!
Seriously senang! Kisar je semua bahan dan adun dengan tepung. Sekali pandang chicken donuts ni dah macam onion ring kat restoran fast food pun ada. Tapi yang ni versi gemuk dan bulat. Chicken donuts ni serious sedap ye.
Aku selalu nasihat adik-adik aku jangan bagi anak-anak makan fast food. Tak elok untuk badan. Lepas aku jumpa resepi ni terus aku share kat adik dan adik ipar aku. Buat nugget sendiri lagi terjamin bahan-bahan yang digunakan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi chicken donuts yang rangup dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!